Friday, 17 July 2009

kacang lupakan kulit: salah ke?

Apabila dikatakan bahawa seseorang itu bagaikan "kacang lupakan kulit", secara automatiknya kita akan terus mentafsirkannya sebagai seorang yang tidak mengenang jasa / budi / bakti. Satu bentuk "pengkhianatan". Tidak kiralah sama ada terhadap manusia sendiri, sesuatu tempat, bangsa, komuniti, organisasi, pertubuhan, mahupun tanah tumpah darah sendiri. Bila dikatakan saja sebagai kacang lupakan kulit, maka pastinya yang negatif itu dilabel pada si kacang, bukan pada kulitnya - kerana kulit itu dikira sebagai sangat berbakti kerana melindungi kacang tersebut sebelum ia ditinggalkan.

Persoalannya, benarkah begitu? Adakah meninggalkan kulit itu merupakan satu kesalahan? Layakkah si kacang itu dilabel sebagai pembelot kerana meninggalkan kulitnya?

Pada pandangan saya, peristiwa hijrah @ berpindah @ meninggalkan @ blah tersebut, sememangnya itu merupakan tindakan kacang yang melupakan kulit. Mengapa tidak boleh? Mengapa pula tidak elok? Dan yang paling utama, mengapa pula salah? Jika bukan kerana kacang meninggalkan kulit, maka tidak terhasillah peanut butter, tidak wujudlah nips, dan tidak adalah kacang masin…kacang goreng…dan pelbagai lagi variasai kacang di MESRA(kedai kat Petronas tu) dan sudah pasti tidak wujudlah coklat…sebab kacang ni merupakan salah satu komponen utama coklat..tak caya pi kilang Cadburry kat Shah Alam tu..kat Sarawak ni tak taula pulak katne kilang coklat...


Kenapa sedemikian? Kerana kacang menjadi busuk dek kerana tidak meninggalkan kulitnya. Kerana kulit yang disangka bersifat "melindungi" itu menjadi penjara yang mengongkong proses kemajuan dan perubahan. Maka salahkah jika dikatakan bahawa Hijrah itu merupakan tindakan kacang yang melupakan kulit? Tapi berbeza tau dari blah…macamana…lu pikila sendiri..

Dalam konteks melaksanakan perubahan dalam mengecapi kemajuan, sememangnya perlu untuk kacang melupakan kulit. Hanya mereka yang lemah dan tidak mahu menerima perubahan (atau ringkasnya, DENGKI) sahaja yang akan menggunakan istilah "kacang melupakan kulit" terhadap golongan yang ingin berubah ke arah yang lebih baik.


Yang menjadi masalahnya ialah kita terlalu menyempitkan pandangan kita hingga menyamakan peranan "kulit" dengan peranan "benih". Hakikatnya, kulit hanyalah ruang lingkup perlindungan yang menghadkan perkembangan terhadap perubahan. Sebaliknya benih ialah suatu yang menggalakkan percambahan.

Dalam konteks jasa dan bakti, jika seorang anak disamakan sebagai kacang, ibubapa pasti disamakan sebagai kulit. Sedangkan hakikat sebenarnya, ibu bapa merupakan benih (asal, origin kepada kacang), manakala istilah kulit itu lebih tepat jika ditafsirkan sebagai uri tembuni. Maka, jasa siapakah yang sepatutnya dikenang? Jasa ibu bapa, ataupun jasa uri tembuni? Funny, yet logical, isn't it?

Setelah diambil kira tafsiran yang sebegini, kulit itu bukanlah menjadi pelindung lagi tetapi lebih menjurus ke arah kulit yang menghalang perkembangan - tentangan masyarakat, pemikiran sempit masyarakat, suasana yang menghadkan pengamalan, dan keadaan yang tidak selamat - yang boleh membusukkan kacang jika tidak ditinggalkan kulit tersebut.

Selepas meninggalkan kulit, barulah kacang boleh menjadi peanut butter dan taugeh. Dan dari situlah kacang mula berkembang dan berkembang dan pelbagai makanan terhasil - peanut butter and jelly sandwich, mi goreng, tauhu sumbat, rojak, pesembur, nasi himpit kuah kacang, laksa dan macam-macam ada…

Pun begitu, kita janganlah lupa satu lagi perkara yang sangat penting. Sedapnya makanan tersebut adalah kerana kualiti ingredientnya yang hebat. Hebatnya kualiti kacang tersebut adalah kerana waktu masaknya meninggalkan kulit yang paling optimum. Dan hebatnya keranumannya adalah kerana foundationnya yang hebat - pokok yang hebat dari benih yang hebat, ditanam di tanah yang subur.

Foundation itulah yang lebih utama. Foundation itulah yang harus diperkukuhkan. Dan foundation itulah yang seharusnya diberi prioriti yang lebih sebelum kita mengambil kira kacang dan kulitya. Itulah foundation yang setiap ibu bapa perlu develop kepada anak-anaknya…iaitu akidah dan tauhid…

Maka, jadilah insan yang mengetahui keutamaan foundation sesebuah pokok sebelum bercucuk tanam dalam menghasilkan buah yang subur. Bukannya kera yang hanya nampak pokok seadanya tanpa mengetahui sama ada foundationnya elok atau tidak..

Kesimpulannya, usah berhijrah dari kulit jika foundation kacang belum cukup matang…

No comments:

Post a Comment