Friday, 27 March 2009
Thursday, 5 March 2009
siapa yang binatang ni...

TELUK BAHANG - Kehadiran sekumpulan burung gagak yang mengerumuni sesuatu di tepi jalan Batu Feringghi berdekatan kawasan Pulau Asmara di sini bukanlah asing bagi tukang sapu Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), T. Verappa, 36.
Namun, semalam dia berasa tidak sedap hati lalu berpatah balik untuk melihat apa yang sebenarnya dikerumuni oleh kumpulan gagak tersebut.
Mengejutkan, kumpulan gagak itu sedang mematuk mayat seorang bayi yang masih bertali pusat dalam keadaan tertiarap di sebatang longkang di situ.
"Walaupun saya sudah terlajak kira-kira 100 meter dari tempat itu, tapi saya berasa lain macam pula sebab jumlah burung itu terlalu banyak.
"Saya hampir pengsan apabila mendapati benda yang dikerumuni itu merupakan mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat," katanya ketika di temui semalam.
kucing kat rumah aku baru beranak..punyala garang mak dia nk dekat pun tak kasi..ini manusia boleh lak buang bagi burung makan... pandai buat pandai la jaga...ni mesti yang tak halal ni...kan sebab tu lah nak buang betul tak...

so...siapa yang binatang sebenarnya...burung gagak @ mak bapak bayi itu...lu pikir la sendiri...
banjir kilat

Hujan lebat telah melanda ibu negara dan beberapa kawasan di Lembah Klang pada 4 mac @ semalam menyebabkan beberapa kawasan mengalami banjir kilat yang sanagt teruk sehingga turut mengorbankan nyawa bukan sahaja nyawa semut tetapi nyawa manusia..Antara kawasan teruk dilanda banjir ialah pekan Kajang...PusAT membeli-belah di tingkat bawah Metro Plaza Kajang turut dimasuki air akibat banjir kilat semalam.
Selain itu, tempat letak kereta di pusat membeli-belah Metro Plaza turut dimasuki air sedalam hampir dua meter sehingga ia terpaksa ditutup. Akibatnya sebanyak 90 buah kereta terperangkap selain banyak lagi kedai-kedai lain di pekan Kajang rosak teruk akibat dimasuki air.
Dalam pada itu, tinjauan di sekitar ibu kota mendapati hampir semua jalan-jalan mengalami kesesakan teruk dengan banyak kereta tersadai di tepi jalan. Antaranya Jalan Lembah Pantai, Jalan Travers menuju ke Bangsar, Jalan Sungai Besi, Jalan Chan Sow Lin, Jalan Cheras, Jalan Peel, Jalan Tun Razak, Lebuhraya Persekutuan di Petaling Jaya. Sebahagian jalan-jalan tersebut terpaksa ditutup hampir sejam ia termasuk Jalan Chan Sow Lin yang ditenggelami air lebih semeter.
Persoalannya di sini ialah mengapa perkara sebegini.. berjuta-juta malah berbillion wang kerajaan dibelanjakan tetapi di mana hasilnya.. adakah alam yang akan sentiasa dipersalahkan..walhal tangan2 manusia itulah penyebabnya...mari kita renung dan fikir-fikirkan...
Subscribe to:
Comments (Atom)