Tuesday, 24 February 2009

penyakit batu karang

Assalammualaikum semua..hari ini aku nak berkongsi cerita mengenai penyakit batu karang... semuanya bermula semalam 23 Februari 2009... balik dari sekolah lebih kurang pukul 3.30 pm...(aku sengaja balik lambat sikit sebab aku puasa....lagipun keje memang banyak yang belum siap)...aku terus tidur...tetiba aku terjaga disebabkan oleh kesakitan yang amat sangat pada bahagian kanan sebaris dengan pusat.. satu kesakitan dalaman seperti usus aku dipintal-pintal dan dicengkam-cengkam.



So i called my friend Dr Izham...and told me my problem...he say maybe i've a gastric... pastu sakit tu beransur kurang sehinggalah pada waktu maghrib suddenly penyakit tu datang ngan tetiba..kali ni lebih kuat rasanya...lepas solat my father n i went to klinik...after check me...dr told me i got the batu karang...punyala terperanjat aku...tp dr tu ckp lelaki mmg biasa kena dan ini merupakan simpton biasa...so di sini aku nk berkongsi sikit artikel yang telah aku perolehi...



Apa dia Batu karang dalam Ginjal?

Batu yang terdapat dalam ginjal atau lebih dikenali dengan "Buah Pinggang" terjadi dari tumbuhan kristal halus dari beberapa jenis kimia. Kimia yang paling lumrah adalah kalsium oxalat, kalsium pospat dan yang kurang dikenali ialah asid uric, cystine dan magnesiam pospat ammonia. Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh jadi sebesar bola golf. Kebanyakkan batu tumbuh membesar dalam ginjal, kemudian bergerak ke bawah ke dalam saluran kencing dimana ianya menjadi bertambah besar. Kesulitan akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu besar yang mengakibatkan ganguan kepada perjalanan aliran air kencing. Ini boleh membawa kepada penyakit dimana kuman-kuman akan merebak. Gangguan dan/ atau perebakan kuman itu akan mengakibatkan kerosakan ginjal, jika tidak diubati segera.



Adakah batu dalam ginjal penyakit biasa ?

Kejadian batu dalam ginjal ini adalah masalah biasa dalam saluran kencing. Adalah dianggarkan bahawa satu hingga lima peratus dari jumlah penduduk akan mengalami kejadian batu dalam ginjal ini pada sesuatu ketika dalam hidupnya. Sesetengah orang mengalami kejadian batu karang hanya sekali, kemudian pulih dan tidak berulang lagi. Dalam kebanyakkan kes batu dalam ginjal adalah penyakit berpanjangan seumur hidup. Biasanya orang lelaki pertengahan umur lebih ramai yang mengidap penyakit ini dari kaum wanita. Ada diantara penyakit batu karang ini disebabkan oleh zuriat keturunan. Jika terdapat sejarah kejadian penyakit ini di kalangan anda, mintalah nasihat daripada doktor anda.



Apakah tanda-tandanya ?

Batu dalam ginjal jarang-jarang menimbulkan masalah ketika ianya mula terjadi. Tetapi apabila batu-batu itu beralih atau bergerak di dalam ginjal atau di dalam saluran kencing, kesakitan yang amat sangat akan dirasai dan pendarahan biasanya berlaku sehinggalah sesudah batu itu keluar. Dalam sesetengah kes, batu itu tersekat menyebabkan kesakitan dan membahayakan apabila kuman itu merebak. Bila ini berlaku, tanda-tanda seperti berikut akan dirasai iaitu pedih ketika buang air kecil, rasa loya dan air kencing berbau busuk. Ini memerlukan rawatan perubatan yang segera.



Bagaimana batu dalam ginjal itu diubati ?

Pengubatan penyakit ini berbeza mengikut keadaan seseuatu kes itu. Jika batu-batu ini dapat keluar dengan spontan maka pengubatannya ialah dengan mengelakkannya dari berlaku lagi. Dalam hal ini pesakit akan disuruh minum air dengan banyak, sebanyak 3 liter sehari. Cara ini akan dapat membersihkan ginjal. Makanan pesakit juga akan diubahsuai bagi mengurangkan bahan kimia yang terdapat dalam badan pesakit. Apabila batu itu keluar, pesakit hendaklah menyimpannya untuk dibuat kajian.



Kajian ini perlu untuk para doktor bagi menentukan sebab musabab terjadinya batu tersebut dan boleh pula membantu dalam rancangan pengubatan bagi mengelakkan berulang lagi penyakit ini. Pengubatan telah berjaya didapati untuk menghancurkan batu asid uric dan systine. Dalam kes-kes yang lebih serius, apabila batu itu terlalu besar untuk keluar sendiri dan memudaratkan pesakit, suatu pembedahan adalah perlu. Adalah penting diingatkan bahawa penyakit ginjal ini memerlukan pengubatan sepanjang hayat. Jika ianya tersekat dan perebakan kuman berlaku, maka ginjal atau buah pinggang tidak akan berfungsi lagi.



sekian untuk kali ini...harap sakit itu tidak berlarutan...

Sunday, 22 February 2009

elemen..

Dr pagi lagi tadi aku begitu bersemangat nak pi jogging...balik dr solat subuh aku dah get ready...tgk langit masih gelap so aku pun duduk dulu dpn tv lagipun sekarang ni pukul 7 pun masih gelap lagi..inikan pula pukul 6 lebih..aku ajak hasril dia kata ada keje nnt takut penat(alasan...)dah duk dpn tv faham2 jelah pulak tu duk atas tilam...(rumah sewa kat parit raja..dtg weekend je)mula2 duduk pastu baring..sedar2 dah terang benderang..dh dekat pukul 9...kalau dh mcm ni punya terang malasla pulak...panas beb...lgpun org jogging sume dah balik..

pastu bersemangat pulak nk pi jogging petang ni...tup-tap..hujan pulak turun beb...so yang tinggal sekarang ni semangat jelah...masa ada kesempatan+semangat dilalaikan oleh sedikit sahaja parasit..sekarang...lu pklah sendiri..sebenarnya hidup ni mcm tu gak..

hr khamis hr tu masa aku masuk ke kelas..aku bertanya sapa yg tak suka seni..tetiba adala pulak sorang budak pompuan ni angkat tangan dan dengan bangga menyatakan bahawa dirinya sangat tidak suka seni dan tak nak belajar seni... aku pun apa lagi anginla..sebabnya kat sekolah ni aku antara cikgu seni...

aku terus tanya kat diorang kenapa tuhan ciptakan buah pelbagai rasa...sorang pun tak tak jawab..(tak taula samada takut @ mmg tak tau)..maklumla baru kena marah. aku pun cakapla kat diorang...buah pelbagai rasa disebabkan oleh unsur kimia..ada buah yang berasa masam sebab kandungan asid nye tinggi..ada yang berasa pahit disebabkan oleh kandungan alkali..berasa manis disebabkan oleh kandungan glukosa...gulalah..semuanya ada peranan yang tertentu...so begitu jugaklah dgn matapelajaran yang diajar di sekolah...masing2 ada peranan yang tersendiri...

kalau kita lihat fpk...ingin melahirkan rakyat malaysia yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani.. so mungkin subjek matematik tidak dpt mengharmonikan pelajar tetapi mungkin subjek seni boleh..subjek sains tidak menekankan sahsiah yang baik tp mungkin subjek agama dan moral sangat menekankannya..

semua elemen ini bergabung membentuk seorang insan yang sihat minda, emosi dan fizikal.. insyaAllah dan sudah pasti insan yang sihat ini akan menunaikan tanggungjawabnya...

rentetan..

Kita sudah lihat bagaimana kelemahan Kerajaan pimpinan Abdullah telah memberanikan semua pihak untuk membangkitkan berbagai kontroversi yang mengugat kestabilan Negara. Keadaan Negara akan hampir kepada tahap tidak ada Kerajaan dan tidak ada undang-undang apabila Kerajaan Abdullah menjadi lebih lemah.

Di masa yang sama Negara akan hadapi krisis kewangan dan ekonomi yang lebih teruk dari 1997-1998. Pentadbiran yang lemah tidak mungkin tangani kemerosotan ekonomi yang jauh lebih teruk dari 1997-98. Rakyat akan menderita kerana peningkatan pengangguran dan bankrap. Jenayah akan bertambah dan keselamatan negara akan tergugat.

Bagi Tingkat Empat huru-hara dalam Negara tidak mengapa asalkan mereka dapat kekal sebagai kuasa dibelakang Perdana Menteri.

Mungkin cerita-cerita berkenaan usaha Tingkat Empat untuk mengekalkan Abdullah sebagai Perdana Menteri selepas Najib jadi Presiden UMNO hanya rekaan orang-orang tertentu, wallahuwaalam. Demikian jugalah dengan Labu. Si-Luncai pun terjun dengan segala-galanya.

diambil drpd blog dr mahathir mohamad

hr ni wat hal lagi..

actually i dont know what wrong with me... this one is the latest laptop i have...(dah dekat 2 tahun gakla) but i think its still new isnt right.. ni dah masuk yg ke 3. nak kat aku pakai ganas...rasanya tak pulak..org lain lg ganas dr aku...

terbaru komputer aku ni kena sympton demam kura...(aku yang gelar)..die punye skrin boleh berbelang-belang penuh 1 skrin dengan sekonyong-konyong..(betul tak penggunaan aku ni cikgu al husaini)...kenapa ye.. pastu bila aku restart balik dia akan blank dan diam seribu bahasa...peh pening gue...

keje byk lak tu nk disiapkan..dateline dh dekat dia wat hal lak...tu yg akhirnya aku wat tak tau je tu... apa yg harus aku lakukan...takkan rosak lg kot... memula desktop thn pertama masuk u...masuk thn 2 kondem beli laptop compaq presario 1200...habs degree dia pun bersara..ni aku beli ms masuk master awal 2007..compaq presario v3222..