Sunday, 22 February 2009

elemen..

Dr pagi lagi tadi aku begitu bersemangat nak pi jogging...balik dr solat subuh aku dah get ready...tgk langit masih gelap so aku pun duduk dulu dpn tv lagipun sekarang ni pukul 7 pun masih gelap lagi..inikan pula pukul 6 lebih..aku ajak hasril dia kata ada keje nnt takut penat(alasan...)dah duk dpn tv faham2 jelah pulak tu duk atas tilam...(rumah sewa kat parit raja..dtg weekend je)mula2 duduk pastu baring..sedar2 dah terang benderang..dh dekat pukul 9...kalau dh mcm ni punya terang malasla pulak...panas beb...lgpun org jogging sume dah balik..

pastu bersemangat pulak nk pi jogging petang ni...tup-tap..hujan pulak turun beb...so yang tinggal sekarang ni semangat jelah...masa ada kesempatan+semangat dilalaikan oleh sedikit sahaja parasit..sekarang...lu pklah sendiri..sebenarnya hidup ni mcm tu gak..

hr khamis hr tu masa aku masuk ke kelas..aku bertanya sapa yg tak suka seni..tetiba adala pulak sorang budak pompuan ni angkat tangan dan dengan bangga menyatakan bahawa dirinya sangat tidak suka seni dan tak nak belajar seni... aku pun apa lagi anginla..sebabnya kat sekolah ni aku antara cikgu seni...

aku terus tanya kat diorang kenapa tuhan ciptakan buah pelbagai rasa...sorang pun tak tak jawab..(tak taula samada takut @ mmg tak tau)..maklumla baru kena marah. aku pun cakapla kat diorang...buah pelbagai rasa disebabkan oleh unsur kimia..ada buah yang berasa masam sebab kandungan asid nye tinggi..ada yang berasa pahit disebabkan oleh kandungan alkali..berasa manis disebabkan oleh kandungan glukosa...gulalah..semuanya ada peranan yang tertentu...so begitu jugaklah dgn matapelajaran yang diajar di sekolah...masing2 ada peranan yang tersendiri...

kalau kita lihat fpk...ingin melahirkan rakyat malaysia yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani.. so mungkin subjek matematik tidak dpt mengharmonikan pelajar tetapi mungkin subjek seni boleh..subjek sains tidak menekankan sahsiah yang baik tp mungkin subjek agama dan moral sangat menekankannya..

semua elemen ini bergabung membentuk seorang insan yang sihat minda, emosi dan fizikal.. insyaAllah dan sudah pasti insan yang sihat ini akan menunaikan tanggungjawabnya...

1 comment: