Sunday, 23 August 2009

KEGUNAAN TETIMBANG WHEATSTONE

Salah satu daripada kegunanan tetimbang telah pun dibincangkan sebelum ini, iaitu untuk mengukur rintangan. Rintangan sesebuah perintang boleh ditentukan jika tiga dari nilai perintang diketahui dan tetimbang berada dalam keseimbangan iaitu menggunakan konsep keseimbangan nol.

Antara lain kegunaan tetimbang Wheatstone ialah sebagai penyesuai isyarat dalam sistem pengukuran. Alat pengesan isyarat fizikal (sensor) seperti thermistor, tolok terikan, dan lain-lain yang mempunyai ciri perubahan rintangan terhadap perubahan parameter fizikal yang dikesan seperti suhu, tekanan, daya dan sebagainya biasanya akan menggunakan tetimbang bagi mendapatkan isyarat keluaran dalam bentuk isyarat elektrik. Sensor tadi akan ditempatkan di salah satu lengan tetimbang dan tiga lagi lengan tetimbang adalah perintang biasa yang diketahui nilainya.

Katakan pada asalnya tetimbang yang dibina daripada sensor dan 3 perintang berada dalam keseimbangan. Jika berlaku sebarang perubahan pada parameter fizikal yang sedang diukur oleh sensor, maka rintangan sensor tadi akan turut berubah. Ini akan menjadikan tetimbang tidak seimbang, wujud perbezaan keupayaan antara dua cabang tetimbang dan dengan itu isyarat keluaran dalam bentuk isyarat elektrik akan diperolehi. Magnitud arus yang terhasil kesan dari perubahan parameter fizikal yang diukur boleh ditentukan atau diukur dengan menggunakan metergalvano. Dengan itu hubungan antara parameter fizikal dan isyarat elektrik boleh diperolehi.

Pengenalan Tetimbang Wheatstone

Tetimbang ialah satu alat yang digunakan untuk mengukur galangan bagi perintang, kapasitor dan induktor melalui kaedah perbandingan atau lebih dikenali kaedah penunjukan nol. Tetimbang digunakan apabila penentuan yang begitu tepat dan jitu bagi sesuatu parameter seperti rintangan, kemuatan (kapasitan) atau kearuhan (induktan) diperlukan. Tetimbang yang akan dibincangkan adalah tetimbang a.t. iaitu Tetimbang Wheatstone dan Kelvin, sementara tetimbang a.u. adalah seperti Tetimbang Maxwell, Hay, Schering dan Wien.

Tetimbang Wheatsone asalnya telah direka dan diperkenalkan pada asalnya oleh Samuel Christie dalam tahun 1833 tetapi telah diperbaiki keupayaannya untuk kegunaan komersal oleh Charles Wheatstone pada tahun 1847.

Tetimbang Wheatstone telah digunakan lebih awal daripada kebanyakan alatan mengukur elektrik yang lain dan masih merupakan alatan yang boleh dipercayai dari segi ketepatan dan kejituannya. Ia berkeupayaan melakukan pengukuran rintangan dengan kejituan yang tinggi antara unit milliohm dan megaohm sehingga 0.1%, berbanding dengan ralat dalam alat meterohm bagi pengukuran rintangan antara 3% hingga 5%.

Konsep asas operasian bagi tetimbang a.t. dan a.u. adalah sama dan dalam laman ini akan dibincangkan di bahagian tetimbang a.t. iaituTetimbang wheatstone sahaja. Perbezaannya bagi tetimbang a.t. cuma melibatkan komponen R (perintang) sahaja tetapi bagi tetimbang a.u. R boleh digantikan dengan Z (galangan) yang mewakili R,L atau C atau gabungannya, samada secara siri atau selari bergantung kepada jenis tetimbang..

Wednesday, 5 August 2009

simpanan: untung atau rugi

Sejak kebelakangan ni aku selalu berkira-kira berapa banyak aku boleh simpan dalam seminggu, atau sebulan atau setahun. Tapi stakat ni masih belum ada angka yang tetap, walaupun aku tetap terus menyimpan dan menyimpan. Kalau ada lebih banyak, aku simpan banyak, kalau ada sikit jer lebihnya, aku simpan sedikit. Apa yang penting bagi aku, ada gak simpan walaupun sedikit.

Tetapi aku teringat dulu waktu aku sekolah menengah, ada sorang pakcik ni bercerita ngan aku,” apa guna simpan duit, nanti sampai satu masa, duit tu bukan boleh beli apa-apa“. Pada mulanya aku ingat pakcik ni bergurau ngan aku, tapi bila aku dah mula meningkat usia, aku teringat balik kata-kata pakcik tu, dan bila fikir balik, memang ada betulnya.

Contoh paling senang, mak bapa kita atau pakcik makcik atau sesiapa yang hidup 30-40 tahun dahulu sering bercerita – “Ala dulu benda ni 5 sen jer, skang ni memang aa dah sampai beringgit-ringgit”. So kita ambil contoh ni sebagai rujukan. Kalau dulu kita simpan RM500 memang dah banyak sangat dah aa tu kan, sebab time tu beli barang setakat 5 sen, 10 sen, 20 sen. Tapi kalau kita simpan jer duit RM500 tu dari dulu sampai sekarang, skang ni apa jer yang kita boleh beli dengan RM500 tu? Tak perlu laa nak senaraikan semua benda yang boleh dibeli kan, sebab banyak gak barang yang tak boleh di beli ngan RM500 pada masa kini.

So andaikata kita ada simpanan RM50,000 sekarang ni, adakah kuasa membeli kita masih sama 30 tahun akan datang. Mengikut peredaran masa setakat ni, saya boleh katakan, hampir pasti, kuasa membeli kita dengan RM50,000 itu tidak sama dengan sekarang. Jadi kenapa kita simpan duit? kalau duit tu tak boleh beli barang pun nanti. Seringkali saya berfikir sendiri, dan sekali sekala berbincang dengan mereka-mereka yang arif dalam bidang masing-masing. Dari perbincangan dengan pelbagai pihak, ramai yang bersetuju dengan perihal ini.

Cara terbaik untuk kita jadikan simpanan adalah dengan menyimpan emas kerana nilai emas kekal. Contohnya, dengan 10 gram emas sekarang kita boleh beli seekor lembu, pada masa akan datang pun, kita masih boleh membeli seekor lembu. Walaupun harga lembu pada masa sekarang dengan masa akan datang itu berbeza. Tetapi disebabkan nilai emas itu yang tidak berubah. Kuasa membeli kita masih sama.

So sekarang aku masih tertanya-tanya, adakah duit yang aku simpan tu suatu masa nanti akan tiada nilai. Jika perkara itu berlaku, apa tindakan yang aku perlu lakukan? Tiada emas di dalam simpanan untuk didagangkan, dan kertas yang dahulunya berharga sudah tiada nilai. Susah gak kan. Aku masih terus mencari jawapan, semoga suatu hari nanti aku akan nampak benda ni dengan lebih jelas.

Friday, 17 July 2009

kacang lupakan kulit: salah ke?

Apabila dikatakan bahawa seseorang itu bagaikan "kacang lupakan kulit", secara automatiknya kita akan terus mentafsirkannya sebagai seorang yang tidak mengenang jasa / budi / bakti. Satu bentuk "pengkhianatan". Tidak kiralah sama ada terhadap manusia sendiri, sesuatu tempat, bangsa, komuniti, organisasi, pertubuhan, mahupun tanah tumpah darah sendiri. Bila dikatakan saja sebagai kacang lupakan kulit, maka pastinya yang negatif itu dilabel pada si kacang, bukan pada kulitnya - kerana kulit itu dikira sebagai sangat berbakti kerana melindungi kacang tersebut sebelum ia ditinggalkan.

Persoalannya, benarkah begitu? Adakah meninggalkan kulit itu merupakan satu kesalahan? Layakkah si kacang itu dilabel sebagai pembelot kerana meninggalkan kulitnya?

Pada pandangan saya, peristiwa hijrah @ berpindah @ meninggalkan @ blah tersebut, sememangnya itu merupakan tindakan kacang yang melupakan kulit. Mengapa tidak boleh? Mengapa pula tidak elok? Dan yang paling utama, mengapa pula salah? Jika bukan kerana kacang meninggalkan kulit, maka tidak terhasillah peanut butter, tidak wujudlah nips, dan tidak adalah kacang masin…kacang goreng…dan pelbagai lagi variasai kacang di MESRA(kedai kat Petronas tu) dan sudah pasti tidak wujudlah coklat…sebab kacang ni merupakan salah satu komponen utama coklat..tak caya pi kilang Cadburry kat Shah Alam tu..kat Sarawak ni tak taula pulak katne kilang coklat...


Kenapa sedemikian? Kerana kacang menjadi busuk dek kerana tidak meninggalkan kulitnya. Kerana kulit yang disangka bersifat "melindungi" itu menjadi penjara yang mengongkong proses kemajuan dan perubahan. Maka salahkah jika dikatakan bahawa Hijrah itu merupakan tindakan kacang yang melupakan kulit? Tapi berbeza tau dari blah…macamana…lu pikila sendiri..

Dalam konteks melaksanakan perubahan dalam mengecapi kemajuan, sememangnya perlu untuk kacang melupakan kulit. Hanya mereka yang lemah dan tidak mahu menerima perubahan (atau ringkasnya, DENGKI) sahaja yang akan menggunakan istilah "kacang melupakan kulit" terhadap golongan yang ingin berubah ke arah yang lebih baik.


Yang menjadi masalahnya ialah kita terlalu menyempitkan pandangan kita hingga menyamakan peranan "kulit" dengan peranan "benih". Hakikatnya, kulit hanyalah ruang lingkup perlindungan yang menghadkan perkembangan terhadap perubahan. Sebaliknya benih ialah suatu yang menggalakkan percambahan.

Dalam konteks jasa dan bakti, jika seorang anak disamakan sebagai kacang, ibubapa pasti disamakan sebagai kulit. Sedangkan hakikat sebenarnya, ibu bapa merupakan benih (asal, origin kepada kacang), manakala istilah kulit itu lebih tepat jika ditafsirkan sebagai uri tembuni. Maka, jasa siapakah yang sepatutnya dikenang? Jasa ibu bapa, ataupun jasa uri tembuni? Funny, yet logical, isn't it?

Setelah diambil kira tafsiran yang sebegini, kulit itu bukanlah menjadi pelindung lagi tetapi lebih menjurus ke arah kulit yang menghalang perkembangan - tentangan masyarakat, pemikiran sempit masyarakat, suasana yang menghadkan pengamalan, dan keadaan yang tidak selamat - yang boleh membusukkan kacang jika tidak ditinggalkan kulit tersebut.

Selepas meninggalkan kulit, barulah kacang boleh menjadi peanut butter dan taugeh. Dan dari situlah kacang mula berkembang dan berkembang dan pelbagai makanan terhasil - peanut butter and jelly sandwich, mi goreng, tauhu sumbat, rojak, pesembur, nasi himpit kuah kacang, laksa dan macam-macam ada…

Pun begitu, kita janganlah lupa satu lagi perkara yang sangat penting. Sedapnya makanan tersebut adalah kerana kualiti ingredientnya yang hebat. Hebatnya kualiti kacang tersebut adalah kerana waktu masaknya meninggalkan kulit yang paling optimum. Dan hebatnya keranumannya adalah kerana foundationnya yang hebat - pokok yang hebat dari benih yang hebat, ditanam di tanah yang subur.

Foundation itulah yang lebih utama. Foundation itulah yang harus diperkukuhkan. Dan foundation itulah yang seharusnya diberi prioriti yang lebih sebelum kita mengambil kira kacang dan kulitya. Itulah foundation yang setiap ibu bapa perlu develop kepada anak-anaknya…iaitu akidah dan tauhid…

Maka, jadilah insan yang mengetahui keutamaan foundation sesebuah pokok sebelum bercucuk tanam dalam menghasilkan buah yang subur. Bukannya kera yang hanya nampak pokok seadanya tanpa mengetahui sama ada foundationnya elok atau tidak..

Kesimpulannya, usah berhijrah dari kulit jika foundation kacang belum cukup matang…

Tuesday, 7 July 2009

Pertemuan dan perpisahan…

sebuah pertemuan..penghujung perpisahan..

pertemuan itu berlangsung tiap detik hidup kita.. sjak lahir.. kita di hadapkan dengan pertemuan.. saat lahir kedunia..pertemuan terjadi.. antara seorang bayi dengan ibu bapa yang amat mengasihinya.. masuk alam persekolahan..kita bakal bertemu dengan sahabat2 handai..dan bermula disini pertemuan yang paling kerap kita rasai… dan penghujungnya psti ada perpisahan..di sinilah baru kita mengenali..ketulusan hati seorang teman.. itu menjadi impian kita.. dan sejenak..aku mengaplikasikan dalam diri.. aku sendiri mengakuinya.. apabila pertemuan ini dihiasi dengan ketulusan..kejujuran.. dan kebahagiaan yang tidak lari dari tali Allah..memori bersama seorang teman itu pasti utuh dalam minda..mahupun hati..dan memori2 itu pasti akan dikenang selepas berlaku perpisahan..

itu fitrah manusia..

besar erti sebuah pertemuan..dan setiap yang terjadi ada hikmah yang kita xketahui.. dan xsemua benda dapat dilihat dengan mata kasar..tetapi lihatlah dengan mata hati… kerana itu mata sebenarnya… lihat saja insan yang Allah duganya dengan buta.. mata hatinya cukup kuat sekalipun mata kasarnya tidak mampu melihat.. cuba anda kenang2 kembali.. apakah tiap2 pertemuan yang berlaku dalam hidup anda membawa erti..membawa hikmah tersirat?… bagiku, istilah pertemuan..perpisahan sememangnya istilah yang terlalu banyak untuk di huraikan.. terlalu banyak untuk diperkatakan.. dan semanis2 pertemuan pada ku adalah bersahabat dengan seseorang yang membawa aku ke jalan kebenaran..bersama-sama mengharung onak dan dugaan..

penghujung perpisahan..

mendengar sebaris ayat ini,kita sudah mampu mentafsirkan bahawa perpisahan pasti mengakhiri setiap pertemuan. bukan kah? pertemuan pada hidup adalah mati..pertemuan bersama sahabat handai juga pasti berakhir dengan perpisahan saat masing2 membawa hala tuju hidup.. itu realitinya yang kita tidak mampu sangkal..Allah mengaturkannya.. Alam ini ada aturannya..pertemuan lawannya perpisahan..itu hukum alam…yang kita sebagai manusia xkan mampu menyangkal..apatah lagi menidakkannya..
tiada yang kekal selamanya.. hidup di dunia ini hanya sementara dan yang abadi ialah akhirat.. dunia hanyalah jambatan menuju alam akhirat.. pertemuan dan perpisahan corak kehidupan.. keindahannya tersembunyi..hikmahnya kadang kala tidak kita sedari…

Wednesday, 1 July 2009

erti sebuah persahabatan

ERTI PERSAHABATAN

Pernah atau tidak anda semua mendengar kisah ini????

Dua orang sahabat baik sedang mengembara di sebuah padang pasir yang sangat luas saujana mata memandang. Di tengah-tengah perjalanan, berlaku sedikit salah faham antara mereka yang membawa kepada pertengkaran. Akibat tidak dapat mengawal perasaan amarah, seorang itu telah memukul sahabatnya.

Dengan penuh rasa hiba, sahabat yang dipukul tadi mengambil ranting kayu dan menulis di pasir:

"Hari ini sahabat baikku telah memukulku."



Kemudian, mereka meneruskan perjalanan bersama-sama sehingga sampai ke sebuah lembah subur. di lembah tersebut, ada sebuah tasik yang mempunyai air yang sangat dingin dan menyegarkan. Tanpa berlengah, sahabat yang dipukul tadi terjun ke dalam tasik untuk menyejukkan badan. Tiba-tiba dia gagal mengawal diri dan mula lemas di dalam tasik itu.Sahabatnya terjun dan berjaya menyelamatkannya.

Setelah naik ke tepi tasik, dia mengucapkan terima kasih dan memahat pada seketul batu yang tertulis.

"Hari ini sahabat baikku telah menyelamatkan nyawaku."

Sahabat itu bertanya, "Tadi, sewaktu aku memukulmu, engkau menulis di atas pasir dan sekarang engkau memahatnya di atas batu?''Jawab sahabat tersebut, "Aku menulis di atas pasir kerana ia akan hilang ditiup angin sebaliknya aku memahat pada batu supaya aku dapat mengingatinya sehingga bila-bila...."


BEGITULAH SEPATUTNYA DALAM KEHIDUPAN INI.......DALAM HIDUP PASTI KITA AKAN BERTEMU DENGAN KEPAHITAN, KESAKITAN DAN KEGAGALAN.........NAMUN, SINGGAHKANLAH IA SEMENTARA DALAM INGATAN AGAR KITA SEGERA MELUPAKANNYA....TETAPI, APABILA KITA MENGECAP NIKMAT DARIPADA ALLAH DAN KEBAIKAN DARI ORANG LAIN, MAKA PAHATLAH IA DI HATI KITA AGAR KEKAL DIINGATI SAMPAI BILA-BILA.......

hati

apa itu hati dan perasaan...

actually a lot of research and experiment telah dilakukan and dijalankan untuk mengkaji peranan hati and so on...sebelum pergi jauh, i like to mention...we not talk about heart disease base on medical part but lu pk la sendiri..

salah seorang yang sangat terkenal yang banyak bercerita tentang hati ini ialah Dato Dr Fadzillah Kamsah...apa yang pelik sangat dengan hati ni sebenarnya????

hati dan jiwa perlulah diberi santapan minda kerana hati ini jika dibiarkan tanpa diberi santapan yang enak akan berkarat akibat tuntutan duniawi yang tidak pernah habis. persoalannya bagaimana untuk mendapatkan makanan hati yang benar-benar enak??

marilah kita sama-sama memikirkan persoalan ini...

Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi segala ujian dan dugaanMu....

Monday, 22 June 2009

Hukum Karma Vs Dugaan Tuhan

Apa itu hukum karma?? Hukum karma adalah sebahagian daripada ajaran agama Hindu. Perkataan 'karma' bermakna 'tuhan'. Hukum karma adalah kepercayaan bahawa yang baik dibalas baik, yang jahat dibalas jahat, semasa seseorang itu masih hidup di dunia ini. Kalau tuan-tuan dan puan –puan pernah menonton cerita cina tak silap saya Mr Fit mengisahkan mengenai hukum karma..dan cerita-cerita daripada Indonesia sekarang seperti sudah menjadi trend terkini..mula2 berlakon jahat, kejam, zalim n so on and after that ditimpa pelbagai musibah..

Ramai orang menyangka Hukum Karma serasi dengan Islam. Malah ramai orang yakin Hukum Karma adalah hukum yang memang wujud dan ia adalah hukum semula jadi ciptaan Allah.

Tema Hukum Karma popular dalam cerita-cerita, baik cerita-cerita yang diterbitkan dalam bentuk buku, drama TV, filem dan lain-lain. Malah, jikalau watak jahat tidak menerima hukuman jahat, maka kita mesti cakap cerita itu tidak best dan kita mula mempersoalkan kenapa dia tak mendapat musibah atau balasan…kita terlalu mengharapkan orang yang jahat mesti akan menerima balasan yang setimpal barulah dikatakan ending yang baik.

Walau bagaimanapun hukum karma ini bukan yang dianjurkan dalam Islam…tidak semua kejahatan akan dibalas dengan kejahatan dan tidak semua kebaikan akan dibalas dengan kebaikan di dunia ini tetapi kerana kita percayakan kekuasaan dan keadilan Allah…mungkin kita ditimpa dengan suatu bencana untuk menyedarkan akan kesilapan kita…mungkin dengan musibah yang berlaku kepada kita itu akan membawa sinar kebahagiaan yang baru kepada kita..tetapi kemungkinan musibah yang berlaku kepada kita itu adalah sebagai kifarah terhadap apa yang telah kita lakukan sebelum ini, saya tidak nafikan.. dan perlu diingat dalam rukun Iman kita mempercayai adanya hari kiamat di mana setiap kejahatan dan kebaikan akan dihisab..

Sebagai umat Islam yang yakin dan percaya dengan qada’ dan qadar seharusnya kita menganggap semua musibah sebagai dugaan untuk menguji tahap keimanan hambanya..dan yakin bahawa Allah tidak akan menduga hambanya dengan dugaan yang tidak dapat terpikul olehnya. Kalau kita susuri sejarah perjuangan Nabi Muhammad tidak pernah Nabi membalas kejahatan yang dilakukan terhadapnya dengan kejahatan sebaliknya Nabi membalasnya dengan kebaikan..dan ramai sahabat2 Nabi yang sebelum memeluk Islam melalukan pelbagai kezaliman contohnya Saidina Umar yang sangat memusuhi Islam dan pernah menanam hidup-hidup anak perempuannya..

Di sini Islam mengutarakan konsep taubat…iaitu menginsafi dan berazam dengan sesungguhnya tidak akan melakukan kesilapan yang sama untuk kali keduanya..

P/s: Mohon maaf sekiranya ada tersalah fakta atau tersalah tafsir…hanya pandangan peribadi dan tidak mewakili mana2 pihak..harap maklum..just untuk renungan bersama.

Friday, 29 May 2009

DuIT = Money

Ke mana hang en duit?..kalau dihitung gaji bulan ni masuk rm 7975.65 plus elaun rm 3146.40 mean bersih aku dapat rm 11122.05...pagi 25 tepat jam 7.56 am sms biz bank islam dah sms inform about the amount mean gaji aku bulan 5 dah masuk.. tapi masih kabur gak lagi...mau taknye makin besau gaji makin besau hutangnye...

Itulah yang dikatakan the power of money...kuasa duit dalam kehidupan...dan kita sebagai manusia yang lemah ini sentiasa mencari-cari dan mendambakan duit...semakin lama semakin mencari...pencarian yang takkan ada noktahnya... tak salah kita mencari duit dan harta kekayaan tetapi perlulah dengan cara yang betul dan bukan dengan cara melakukan penipuan dan penindasan...

Islam juga akan dipandang tinggi jika umatnya mempunyai ekonomi yang kukuh..dan bukan mereka yang tergolong dalam kategori orang yang meminta-minta..tetapi jika kita lihat hari ini kuasa ekonomi dunia dipegang oleh orang bukan Islam padahal umat Islam melebihi 1/3 dari manusia di bumi ini...jika dilihat kita merupakan kuasa beli yang besar dalam menentukan kecairan ekonomi dunia...

Tetapi malangnya kebanyakan dari kita hanyalah bertindak sebagai pembeli atau pengguna akhir dan bukan pengeluar atau peniaga..sedangkan sejak dahulu lagi nabi kita Nabi Muhammad saw telah menyatakan bahawa 9/10 dari sumber kekayaan datangnya daripada perniagaan..

Selain itu dalam Islam sendiri juga menyatakan bahawa jikalau kita tahu esok akan mati maka kita disuruh menanam pokok...apa simbolik pokok itu...fikir-fikirkan...

Wednesday, 27 May 2009

villa idaman


biaq betul aku ni...tapi takpe...apa salahnya kalau aku memiliki rumah awal.. tak salah..sebenarnya yang aku dok sibuk2 nak beli rumah awal ini bukan apa...satu sebab aku dah terpaut pada umah ni...cinta pandang pertama..nak kata lawa sangat tu taklah...tp entahla... yang kedua sebab BLR skang ni tgh rendah.. yang ke-3, ahli ekonomi menjangkakan suku kedua tahun ni akan berlaku kejatuhan nilai hartanah...so mari kita ramai2 beli rumah...

Tuesday, 19 May 2009

pendidikan tinggi: cabaran dan hala tuju

PENGAJIAN tinggi adalah aset berharga bagi menjana modal insan kerana kemahiran serta kreativiti dalam teknologi dan inovasi yang dibina menerusi acuannya menjadi penyumbang terpenting dalam usaha menyediakan peluang pekerjaan, membangunkan ekonomi serta menyemarakkan kesejahteraan sosial.

Dalam konteks institusi pengajian tinggi (IPT) yang mempunyai fakulti, pusat kecemerlangan dan kampus, usaha memanfaatkan kepakaran, hubungan jaringan antarabangsa, kerjasama pihak industri, perkongsian serta penyebaran ilmu harus dipertingkatkan bagi menghasilkan inovasi bernilai tinggi untuk memperkasa pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Perubahan P&P perlu disegerakan bagi menjana kecemerlangan kerana jika penyampaiannya terus berada di takuk lama yang berdasarkan syarahan atau hafalan semata-mata, pastinya Malaysia akan ketinggalan.

Cara pengajaran lapuk hanya akan membantutkan kreativiti mahasiswa yang mahukan lebih daripada teori dan ia dianggap perkara yang mengganggu perkembangan minda serta daya pemikiran kerana tidak memberi peluang kepada perbincangan mahupun mengambil kira pandangan pelajar mengenai sesuatu isu.

Pembangunan sahsiah pelajar berkualiti menuntut prasarana pembelajaran kondusif dan bahan P&P yang mudah dicapai berteraskan penggunaan teknologi terkini, sekali gus membantu pelajar mengeksplorasi teknologi dan memperoleh kemahiran untuk mempersiapkan diri menempuh dunia pekerjaan yang bersifat global.

Perkembangan semasa menyaksikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai bidang yang mendominasi pasaran antarabangsa merentasi bidang strategik termasuk perniagaan, pengurusan, perbankan, pendidikan serta keselamatan.

Akhirnya proses P&P juga mestilah bertepatan dengan cita rasa pelajar supaya mereka dapat belajar dengan seronok serta penuh minat.

Thursday, 14 May 2009

learning to live together..


Malaysia racial ties fragile 40 years after riots

Learning to live together
It's been 40 years since the May race riots of 1969. Just how much has changed since?
Saja aku ambik pilih tajuk ni kerana hari semalam dalam sejarah...13 mei 1969...telah berlaku tragedi berdarah di negara kita sehingga memaksa kerajaan pada masa itu mengisytiharkan darurat...sebenarnya sangat penting untuk kita mengekalkan keharmonian...kedamaian dan sikap toleransi yang ada pada masyarakat di Malaysia hari ini...terutamanya di negeri 2 Borneo ni...maklumla..di negeri-negeri ini...masyarakat pelbagai kaum dan puak...ada iban, murut, kadazan, melanau, cina, india, bidayuh..melayu dan macam-macam ada...macam kat astro...
Kalau kita lihat kat negara2 lain baru kita akan rasa betapa bersyukurnya kita dilahirkan di bumi Malaysia yang indah permai ini...so marilah kita pelihara tingkah laku...tutur kata dan segala-galanya agar keharmonian terjamin selagi tidak menyalahi tuntutan Islam...sebenarnya dalam Al-Quran sendiri pun ada dinyatakan dalam surah Al-Kafirun...antara terjemahannya ialah bagi kamu dengan agama kamu dan bagi kami dengan agama kami...
So selagi mereka tidak buat sesuatu yang menyentuh sensitiviti agama kita atau menghalang kita dari berbuat sesuatu kebaikan maka janganlah kita membuat mereka rasa sakit hati dan benci...kerana Islam itu indah dan penuh berhikmah...so gunakan akal fikiran dengan penuh hikmah untuk berdakwah...jgn guna emosi...
Kadang-kadang...kita mahu orang hormat kita tetapi dalam masa yang sama kita tidak pernah mengendahkan orang lain..perasaan mereka..hati mereka..perlu diingat Islam tidak hanya dinilai dengan zahiriah..dengan kopiah di atas kepala..dengan serban yang meleret tetapi dengan penuh hikmah..bagaimana kita menzahirkannya dangan penuh hikmah??? fikir-fikirkan...

Friday, 8 May 2009

cerita aku..

Sejak balik dr semenanjung ahad lepas...tak sempat lg nak berblog... bukan apa sebab hr isnin aku masuk 1/2 hari je sbb petang dah pi stadium perpaduan kuching...(poli guna untuk konvo so i as committee member need to prepare)raptai...hari selasa n rabu terus tak masuk office..penat beb jd ajk pemandu graduan, pendaftaran n disiplin...so dr awal sampai habis mmg berurusan ngan para graduanla...susunan tempat duduk...keluar masuk...n so on...

semalam(khamis) jd panel viva (pembentangan tesis-projek diploma) student last sem...malam ni ada dinner kat harbour view hotel...esok tak tau lg..tp malam ada main badminton however tak decide lg nk pi ke tidak...beginilah putaran seminggu...tup tap dah weekend...tu tap lagi dah sebulan...hehe...

lupa lak nak cerita hari khamis minggu lepas sblum aku balik johor..dmax aku telah dilanggar oleh seorang budak..punyala kebal budak ni aku tgh drive dia boleh berlari dan melanggar dr sisi...nasib baik dr tepi kalau betul2 depan dia berlari...peh tak pasal2 pulak aku yg menanggung salah...mesti org ckp aku yg langgar...tp nasib baik tak baik jugala...pecah side mirrrow aku..nasib baik pecah cermin dalam je(nasib baik lagi) itupun kena dekat rm 200..inilah yg dikatakan unexpected expenses...(dahla dilanggar sendiri tanggung lak tu...nak mintak ngan sapa..)budak tu ..silap2 aku yg kena bg adala...

Tuesday, 28 April 2009

sebulan dah kat bumi kenyalang ni


Saat berganti minit...minit berganti jam..pejam celik-pejam celik dah sebulan.. So far life kat sini oklah..easy access..quite interesting..but only one thing make me always trouble..traffic jammed. Traffic jammed are very common here..maybe people here was imun with this situation..and people here drive around 40-70 km/j only...u see.. make me very impressed here.. Others so far so good..nothing weird..but if u want to take a dinner around 11 pm at stall...sorry this country not provided restaurant/stall more than 10.30 pm... actually 10.30 pun kedai dah nak tutup...dah kemas barang.. if u want buy gardenia..also sorry...can't fly here..if u want expenses at giant..tesco..carrefour...sorry sarawak government dont give any permission to the GIANT STORE to enter this country...only one anak giant yang ada kat sarawak ni...itupun dah duk under ground..kat Riverside.. oklah. enough for today...last word..im happy here..

Wednesday, 22 April 2009

kekeliruan manusia akhir zaman

The main point aku nak cakap ialah..aku terpikir nak bincang isu ini bila terbaca dr blog unwanted86.blogspot.com..ni sebahagian daripada apa yang aku dapati dr blog tersebut..baca dan pikirla dengan akal yang berteraskan iman...

Pertamanya.Suka untuk aku bagitahu.aku ini bukanlah pandai sangat bab agama.dan aku bukanlah baik sangat untuk membincang bab agama.lagi² melibatkan perkara yang besar² lagi kompleks.Tetapi ada beberapa yang aku tidak tahu penganut agama Islam tahu atau tidak.Atau buat² tak tahu atuapun sudah ingin menjadi Islam sekular.Sebab aku rasa bukanlah sukar dan agak sukar dipercayai jika ada yang masih tidak mengetahui.Kesnya ketika ini adalah kes nabil peluk irma. Bukanlah aku ingin memperbesarkan kes ini.Tapi ingin menunjukkkan bahawa ada yang dilihat semakin jahil bab agama.

Ini serba sedikit apa yang aku ambil dari Bharian.
Ada yang tidak kisah dengan tindakannya itu, namun ramai juga yang tidak gemar dengan gelagat spontan yang bagi mereka melanggar batas agama.
Saya tidak menyesal memeluk dia kerana Irma tempat saya mengadu dan berkongsi pelbagai perkara suka dan duka
Saya peluk dia secara spontan, jadi saya tak menyesal sebab itu merupakan cara saya meluahkan perasaan gembira.
Tetapi peminat seusia mungkin menganggap perkara itu biasa. Ada juga rakan-rakan menghantar SMS menyatakan mereka tidak menganggap isu itu sesuatu yang besar.
dan ini aku ambil dari ohbulan
ape nak kcoh2 pasal peluk cam ni..biasa la tu,x salah kalo kita peluk tu x niat jahat ponn!xyah nak hipokrit sngt laa
ape nak kecoh !!!! die peluk jer …bkn nye cemulut!!!! kecoh ..kecoh….
aku bukannya ape..peluk camtu peluk kawan,bukannya dia cium mulot pun kat awek tu kan3x!
namapon TERpeluk kan…normal la tu…ngah xcited…..
Congrats Nabil….Sebab U menang. I paling suka nabil peluk irma… lau pun byk yg kutuk… Mybe dia terlalu excited------


Adakah perlu aku jelaskan lagi bahawa betapa umat kita ini semakin jahil bab agama.?

Aku bukanlah pandai bab agama.tetapi yang basic macam ni tak kan x tahu.apa yang perlu diterangkan disini adalah. sengaja atau tidak, sebenarnya kes nabil ini adalah salah satu kes yg kita nampak sebenarnya inilah kejahilan manusia akhir zaman...yang betul dianggap salah...yang salah dianggap betul...

SALAH TETAP SALAH. HARAM TETAP HARAM.

Tuesday, 21 April 2009

Bahana Nafsu


Pagi ni bila aku buka berita harian online...terpandang satu tajuk...Bahana Nafsu....so nilah antara yang ditulis di dalam artikel tu...SETIAP kali berakhirnya sambutan yang membabitkan ‘kemeriahan’ pada sebelah malamnya di negara ini, tiga bulan selepas itu akan menyaksikan peningkatan kes membuang bayi dan mengandungkan anak luar nikah. Tempoh ini ibarat ‘musim mengawan’ kerana tiga bulan selepas itu rumah perlindungan wanita akan mencatatkan peningkatan kes wanita tidak bersuami mengandung memohon ‘perlindungan’ dan di seluruh negara pula akan mencatatkan kes buang bayi sama ada yang ditemui masih hidup atau ada janin dibuang di dalam semak, tandas awam atau pusat pembuangan sampah. Cukup menarik untuk membicarakan topik ini kerana umumnya ia membabitkan pasangan yang mengadakan hubungan intim membawa kepada perlakuan seks terlarang. Soal sah atau haram diketepikan pelakunya, asalkan hasrat nafsu serakah dicapai.

Friday, 17 April 2009

yey..yey nak balik kg..


hari ni dah 17 ...mean lg 13 hari aku nak balik umah...cepatla sampai hujung bulan....

opss...salah upload gamba la...oklah tu malas aku nak tukar balik...dah la lama tunggu...

meh aku introduce my fren...from right...Mr Khairunnizam Mohamadiah...now work as electrical engineer at MSHE ala syarikat shipping yg terbesar kat Malaysia...dia baru je sampai dr jepun...sebelah die Mr Zeid...same like me...lecturer...Mr Firdaus...also same but another institutions..me....Mr K...actually i dont know what he doing now...lost contact since 2006...Mr Fauzie...consultant engineer..Mr Hishamsani...lecturer politechnic Mukah...and Mr Rasdi...what i heard now...he was resign as engineer and now be a usahawan cacing n ikan keli...but im not sure...

Wednesday, 15 April 2009

poliku


maybe after this i can start blogging back coz maybe after this i will get new com... my private com have a problem...i dont know

u think by urself

maybe after this i can start blogging back coz maybe after this i will get new com... my private com have a problem...i dont know why...

tergesel lagi

hari sabtu hari tu D Max aku terlanggar tiang lampu masa nak solat Maghrib kat masjid Bahagian ...ada kesan sikit...semalam balik Isyak...saja pi jauh sikit pi Masjid Negeri..balik tu jiran sebelah punya wish dah makan jalan so aku malas nak gostan terus masuk porch igt lepas...sangkut pulak kat pintu pagar...calar lagi kali ni kat depan pulak hari tu kat belakang....aduh...tak samapi sebulan ...yelah baru ambil 1 april....mean baru 14 harila...

Monday, 13 April 2009

meeting with director

hari ini kami  barisan staf yang baru melapor diri diminta untuk mendengar taklimat daripada Director of PKS...tepat jam 2.30 aku melangkahkan kaki ke bilik mesyuarat PKS...bayk perkara yang diingatkan daripada pekeliling perkhidmatan sampailah kepada sejarah PKS....semuanya diceritakan...lebih kurang 4.20 pm tamatlah sudah...

Thursday, 5 March 2009

siapa yang binatang ni...


TELUK BAHANG - Kehadiran sekumpulan burung gagak yang mengerumuni sesuatu di tepi jalan Batu Feringghi berdekatan kawasan Pulau Asmara di sini bukanlah asing bagi tukang sapu Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), T. Verappa, 36.

Namun, semalam dia berasa tidak sedap hati lalu berpatah balik untuk melihat apa yang sebenarnya dikerumuni oleh kumpulan gagak tersebut.

Mengejutkan, kumpulan gagak itu sedang mematuk mayat seorang bayi yang masih bertali pusat dalam keadaan tertiarap di sebatang longkang di situ.

"Walaupun saya sudah terlajak kira-kira 100 meter dari tempat itu, tapi saya berasa lain macam pula sebab jumlah burung itu terlalu banyak.

"Saya hampir pengsan apabila mendapati benda yang dikerumuni itu merupakan mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat," katanya ketika di temui semalam.

kucing kat rumah aku baru beranak..punyala garang mak dia nk dekat pun tak kasi..ini manusia boleh lak buang bagi burung makan... pandai buat pandai la jaga...ni mesti yang tak halal ni...kan sebab tu lah nak buang betul tak...
so...siapa yang binatang sebenarnya...burung gagak @ mak bapak bayi itu...lu pikir la sendiri...

banjir kilat


Hujan lebat telah melanda ibu negara dan beberapa kawasan di Lembah Klang pada 4 mac @ semalam menyebabkan beberapa kawasan mengalami banjir kilat yang sanagt teruk sehingga turut mengorbankan nyawa bukan sahaja nyawa semut tetapi nyawa manusia..Antara kawasan teruk dilanda banjir ialah pekan Kajang...PusAT membeli-belah di tingkat bawah Metro Plaza Kajang turut dimasuki air akibat banjir kilat semalam.


Selain itu, tempat letak kereta di pusat membeli-belah Metro Plaza turut dimasuki air sedalam hampir dua meter sehingga ia terpaksa ditutup. Akibatnya sebanyak 90 buah kereta terperangkap selain banyak lagi kedai-kedai lain di pekan Kajang rosak teruk akibat dimasuki air.

Dalam pada itu, tinjauan di sekitar ibu kota mendapati hampir semua jalan-jalan mengalami kesesakan teruk dengan banyak kereta tersadai di tepi jalan. Antaranya Jalan Lembah Pantai, Jalan Travers menuju ke Bangsar, Jalan Sungai Besi, Jalan Chan Sow Lin, Jalan Cheras, Jalan Peel, Jalan Tun Razak, Lebuhraya Persekutuan di Petaling Jaya. Sebahagian jalan-jalan tersebut terpaksa ditutup hampir sejam ia termasuk Jalan Chan Sow Lin yang ditenggelami air lebih semeter.


Persoalannya di sini ialah mengapa perkara sebegini.. berjuta-juta malah berbillion wang kerajaan dibelanjakan tetapi di mana hasilnya.. adakah alam yang akan sentiasa dipersalahkan..walhal tangan2 manusia itulah penyebabnya...mari kita renung dan fikir-fikirkan...

Tuesday, 24 February 2009

penyakit batu karang

Assalammualaikum semua..hari ini aku nak berkongsi cerita mengenai penyakit batu karang... semuanya bermula semalam 23 Februari 2009... balik dari sekolah lebih kurang pukul 3.30 pm...(aku sengaja balik lambat sikit sebab aku puasa....lagipun keje memang banyak yang belum siap)...aku terus tidur...tetiba aku terjaga disebabkan oleh kesakitan yang amat sangat pada bahagian kanan sebaris dengan pusat.. satu kesakitan dalaman seperti usus aku dipintal-pintal dan dicengkam-cengkam.



So i called my friend Dr Izham...and told me my problem...he say maybe i've a gastric... pastu sakit tu beransur kurang sehinggalah pada waktu maghrib suddenly penyakit tu datang ngan tetiba..kali ni lebih kuat rasanya...lepas solat my father n i went to klinik...after check me...dr told me i got the batu karang...punyala terperanjat aku...tp dr tu ckp lelaki mmg biasa kena dan ini merupakan simpton biasa...so di sini aku nk berkongsi sikit artikel yang telah aku perolehi...



Apa dia Batu karang dalam Ginjal?

Batu yang terdapat dalam ginjal atau lebih dikenali dengan "Buah Pinggang" terjadi dari tumbuhan kristal halus dari beberapa jenis kimia. Kimia yang paling lumrah adalah kalsium oxalat, kalsium pospat dan yang kurang dikenali ialah asid uric, cystine dan magnesiam pospat ammonia. Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh jadi sebesar bola golf. Kebanyakkan batu tumbuh membesar dalam ginjal, kemudian bergerak ke bawah ke dalam saluran kencing dimana ianya menjadi bertambah besar. Kesulitan akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu besar yang mengakibatkan ganguan kepada perjalanan aliran air kencing. Ini boleh membawa kepada penyakit dimana kuman-kuman akan merebak. Gangguan dan/ atau perebakan kuman itu akan mengakibatkan kerosakan ginjal, jika tidak diubati segera.



Adakah batu dalam ginjal penyakit biasa ?

Kejadian batu dalam ginjal ini adalah masalah biasa dalam saluran kencing. Adalah dianggarkan bahawa satu hingga lima peratus dari jumlah penduduk akan mengalami kejadian batu dalam ginjal ini pada sesuatu ketika dalam hidupnya. Sesetengah orang mengalami kejadian batu karang hanya sekali, kemudian pulih dan tidak berulang lagi. Dalam kebanyakkan kes batu dalam ginjal adalah penyakit berpanjangan seumur hidup. Biasanya orang lelaki pertengahan umur lebih ramai yang mengidap penyakit ini dari kaum wanita. Ada diantara penyakit batu karang ini disebabkan oleh zuriat keturunan. Jika terdapat sejarah kejadian penyakit ini di kalangan anda, mintalah nasihat daripada doktor anda.



Apakah tanda-tandanya ?

Batu dalam ginjal jarang-jarang menimbulkan masalah ketika ianya mula terjadi. Tetapi apabila batu-batu itu beralih atau bergerak di dalam ginjal atau di dalam saluran kencing, kesakitan yang amat sangat akan dirasai dan pendarahan biasanya berlaku sehinggalah sesudah batu itu keluar. Dalam sesetengah kes, batu itu tersekat menyebabkan kesakitan dan membahayakan apabila kuman itu merebak. Bila ini berlaku, tanda-tanda seperti berikut akan dirasai iaitu pedih ketika buang air kecil, rasa loya dan air kencing berbau busuk. Ini memerlukan rawatan perubatan yang segera.



Bagaimana batu dalam ginjal itu diubati ?

Pengubatan penyakit ini berbeza mengikut keadaan seseuatu kes itu. Jika batu-batu ini dapat keluar dengan spontan maka pengubatannya ialah dengan mengelakkannya dari berlaku lagi. Dalam hal ini pesakit akan disuruh minum air dengan banyak, sebanyak 3 liter sehari. Cara ini akan dapat membersihkan ginjal. Makanan pesakit juga akan diubahsuai bagi mengurangkan bahan kimia yang terdapat dalam badan pesakit. Apabila batu itu keluar, pesakit hendaklah menyimpannya untuk dibuat kajian.



Kajian ini perlu untuk para doktor bagi menentukan sebab musabab terjadinya batu tersebut dan boleh pula membantu dalam rancangan pengubatan bagi mengelakkan berulang lagi penyakit ini. Pengubatan telah berjaya didapati untuk menghancurkan batu asid uric dan systine. Dalam kes-kes yang lebih serius, apabila batu itu terlalu besar untuk keluar sendiri dan memudaratkan pesakit, suatu pembedahan adalah perlu. Adalah penting diingatkan bahawa penyakit ginjal ini memerlukan pengubatan sepanjang hayat. Jika ianya tersekat dan perebakan kuman berlaku, maka ginjal atau buah pinggang tidak akan berfungsi lagi.



sekian untuk kali ini...harap sakit itu tidak berlarutan...

Sunday, 22 February 2009

elemen..

Dr pagi lagi tadi aku begitu bersemangat nak pi jogging...balik dr solat subuh aku dah get ready...tgk langit masih gelap so aku pun duduk dulu dpn tv lagipun sekarang ni pukul 7 pun masih gelap lagi..inikan pula pukul 6 lebih..aku ajak hasril dia kata ada keje nnt takut penat(alasan...)dah duk dpn tv faham2 jelah pulak tu duk atas tilam...(rumah sewa kat parit raja..dtg weekend je)mula2 duduk pastu baring..sedar2 dah terang benderang..dh dekat pukul 9...kalau dh mcm ni punya terang malasla pulak...panas beb...lgpun org jogging sume dah balik..

pastu bersemangat pulak nk pi jogging petang ni...tup-tap..hujan pulak turun beb...so yang tinggal sekarang ni semangat jelah...masa ada kesempatan+semangat dilalaikan oleh sedikit sahaja parasit..sekarang...lu pklah sendiri..sebenarnya hidup ni mcm tu gak..

hr khamis hr tu masa aku masuk ke kelas..aku bertanya sapa yg tak suka seni..tetiba adala pulak sorang budak pompuan ni angkat tangan dan dengan bangga menyatakan bahawa dirinya sangat tidak suka seni dan tak nak belajar seni... aku pun apa lagi anginla..sebabnya kat sekolah ni aku antara cikgu seni...

aku terus tanya kat diorang kenapa tuhan ciptakan buah pelbagai rasa...sorang pun tak tak jawab..(tak taula samada takut @ mmg tak tau)..maklumla baru kena marah. aku pun cakapla kat diorang...buah pelbagai rasa disebabkan oleh unsur kimia..ada buah yang berasa masam sebab kandungan asid nye tinggi..ada yang berasa pahit disebabkan oleh kandungan alkali..berasa manis disebabkan oleh kandungan glukosa...gulalah..semuanya ada peranan yang tertentu...so begitu jugaklah dgn matapelajaran yang diajar di sekolah...masing2 ada peranan yang tersendiri...

kalau kita lihat fpk...ingin melahirkan rakyat malaysia yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani.. so mungkin subjek matematik tidak dpt mengharmonikan pelajar tetapi mungkin subjek seni boleh..subjek sains tidak menekankan sahsiah yang baik tp mungkin subjek agama dan moral sangat menekankannya..

semua elemen ini bergabung membentuk seorang insan yang sihat minda, emosi dan fizikal.. insyaAllah dan sudah pasti insan yang sihat ini akan menunaikan tanggungjawabnya...

rentetan..

Kita sudah lihat bagaimana kelemahan Kerajaan pimpinan Abdullah telah memberanikan semua pihak untuk membangkitkan berbagai kontroversi yang mengugat kestabilan Negara. Keadaan Negara akan hampir kepada tahap tidak ada Kerajaan dan tidak ada undang-undang apabila Kerajaan Abdullah menjadi lebih lemah.

Di masa yang sama Negara akan hadapi krisis kewangan dan ekonomi yang lebih teruk dari 1997-1998. Pentadbiran yang lemah tidak mungkin tangani kemerosotan ekonomi yang jauh lebih teruk dari 1997-98. Rakyat akan menderita kerana peningkatan pengangguran dan bankrap. Jenayah akan bertambah dan keselamatan negara akan tergugat.

Bagi Tingkat Empat huru-hara dalam Negara tidak mengapa asalkan mereka dapat kekal sebagai kuasa dibelakang Perdana Menteri.

Mungkin cerita-cerita berkenaan usaha Tingkat Empat untuk mengekalkan Abdullah sebagai Perdana Menteri selepas Najib jadi Presiden UMNO hanya rekaan orang-orang tertentu, wallahuwaalam. Demikian jugalah dengan Labu. Si-Luncai pun terjun dengan segala-galanya.

diambil drpd blog dr mahathir mohamad

hr ni wat hal lagi..

actually i dont know what wrong with me... this one is the latest laptop i have...(dah dekat 2 tahun gakla) but i think its still new isnt right.. ni dah masuk yg ke 3. nak kat aku pakai ganas...rasanya tak pulak..org lain lg ganas dr aku...

terbaru komputer aku ni kena sympton demam kura...(aku yang gelar)..die punye skrin boleh berbelang-belang penuh 1 skrin dengan sekonyong-konyong..(betul tak penggunaan aku ni cikgu al husaini)...kenapa ye.. pastu bila aku restart balik dia akan blank dan diam seribu bahasa...peh pening gue...

keje byk lak tu nk disiapkan..dateline dh dekat dia wat hal lak...tu yg akhirnya aku wat tak tau je tu... apa yg harus aku lakukan...takkan rosak lg kot... memula desktop thn pertama masuk u...masuk thn 2 kondem beli laptop compaq presario 1200...habs degree dia pun bersara..ni aku beli ms masuk master awal 2007..compaq presario v3222..

Friday, 30 January 2009

At the end of january 2009

Around 3 week i not write anything in this blog..maybe busy. Actually my new working place dont have internet so quite difficult to me blogging..

2009 have a lot of crisis...not only global economy recession but political recession also.. Around one week before we celebrated new year..Israel was bombed Palestin heavily with slogan "HAMAS ARE TERRORIST". What we can do? What PBB can do? What OIC can do? nothing... for info Israel never satisfied with what they have and we need to unbelieve with Israel ever and forever...

Today, before i went to work, i heard something not good from MHI(Malaysia Hari Ini)...the economist said around 600 thousand will unemployed until at the end of this year...its not sound good..so get ready from now..what we can do..if u have a land..start gardening.. make ur house edible garden..plant cucumber.. chilli.. banana..papaya..brinjal..terung and so on.

Maybe its not sound good to be ur major income but seriously its will make u happy and of course will cut ur life cost. Change ur life style from now..cut ur cost..if u are smoker..lets stop from now..it will make u healthier..

Political weather in Malaysia also not good..and all of u see this february n mac this year..what happen?

Actually all of this are the colour of life..so make it interesting..

Thursday, 8 January 2009

what are u doing

actually i dont have any ideas to write in this blog today.. since early morning...i feel strange.. tak tau nak buat ape...keje byk tp entahla...malas je rasenye..rase sekejap sangat minggu ni nak berlalu...tau..tau dah hari khamis..esok jumaat..pastu cuti...blk kg...dtg blik hr isnin...tup..tap hr jumaat...the same thing sampai hjg bln...dpt gaji..ape visi dan matlamat hidup kita yg sebenarnya...fikir-fikirkan

Monday, 5 January 2009

what we need to do when economy recession

Believe it or not? Current economy depression is the worst since World War II. Some people believe of 10 years cycle. So they seemed correct, the last economy downturn was in 1998, which badly hit Asia Pacific countries. Now year 2008, it happened again.

Middle class citizens like me are worrying of being laid off. We scared of unable to finance car and credit card loan repayment and so forth. Businessmen worry of slowing down sales will causing inability of paying wage to their staffs and business loan repayment in which finally forcing business shut down. It is a nightmare for all isn’t it?
Here some tips for us to face current economy crisis.

1. Spend less – be a smart consumer, always compare price before buying. Cut your budget on unnecessary things. You don’t have to buy new clothes often as your wardrobe still full of clothes ever i always do it.

2. Eat fewer snacks and other junk foods – cut your habit of eating snacks during tea time or movie. It is unhealthy to you too. I was try it.

3. Manage your credit card for shopping – use cash but for me better use credit card coz have a limit..so dont spent more than limit.

4. Plan your travel wisely – avoid unnecessary or repeated trip. Use public transportation as well ever its make u uncomfortable.

5. Plan inexpensive holiday - cut your year end holiday and expensive trips and travel to nearby place is enough. There still a lot of nice places nearby your staying place..like me just went to bekok...local waterfall..just around 35 km from my house.

6. Don’t resign and finding another job – don’t fool yourself by hoping to get better job during crisis, nobody will hire you except u was got it.

7. Switch off when you’re not using it – don’t just leave your desktop/TV on when you are not using/watching it, apply this to other electric appliances as well. You are not just saving money but also slowing the global warming.

8. Use your air conditioner/fridge wisely – every increase temperature of 1 degree Celsius/Fahrenheit in you A/C or fridge, you could save few percent of energy.

9. Find extra income – start invest to get more money or do it something which make u get a money...(not illegal way ok).

Opportunities during economy recession

Well guys, I think we still got opportunities creating wealth during economy downturn.

Here are some ideas.

1. Investing real estate. Buy foreclosed properties as the price is at the rock bottom. Having a house/apartment to stay is necessity, tenants (ex-house owners) still need a place to live after being foreclosed. There is still demand for renting property during recession. Robert G. Allen is expert in buying foreclosed properties, please read his famous book ‘Nothing Down’.

2. Buying a business. Slow down sales will hurt business. Find a good prospect business and strike at the right price. Sell off the business when the time is right.

3. Buying undervalue stocks. Find strong fundamental companies and buy their stocks if they are undervalued. Remember Warren Buffet’s advice, buy when people are scare enter the market, sell when people rushing to buy.

4. Buying unit trust/mutual fund. If the 10 years cycle assumption is correct, shares price will rise again. So buy now as almost all are in low price, they might be increase few years later. Advice from Robert Kiyosaki, investment by hoping for capital gain is risky. So, it’s up to you to decide.


Don’t panic and think positively, there are still a lot of opportunities to make money during economy downturn. You might become rich during this recession. Who know right?

Final words, try all these at your own risk. For more information please view http://bigcashmaker.blogspot.com/ ..I got this info from this blog.. Actually the blogger is my ex-coursemate at uthm..

Friday, 2 January 2009

selamatkan palestin selamatkan islam

hr ni kat uthm lepas solat jumaat...adala mpp uthm wat demonstrasi menentang kezaliman israel thdp palestin.... kat seluruh negara pun byk juga wat demonstrasi ni...hampir kebanyakan bandar2 besar seluruh dunia wat bantahan..

tapi entah apa kebalnye israel...bkn nk berundur malah makin mengganas...siapakah yang harus dipersalahkan... adakah rakyat palestin yang di pimpin oleh parti hamas dianggap sampah yang boleh dibunuh...dibuang...dibakar...dibom..dan diperlakukan sesuka hati tanpa mendapat sebarang pembelaan...

adakah rakyat palestin yang mempertahankan tanah airnya...yang mempertahankan diri dianggap sebagai penjenayah dunia...adakah mereka yang membaling batu dan bom buatan sendiri dianggap sebagai pengganas dan israel yang menggunakan pelbagai senjata canggih dianggap sebagai mempertahankan diri...

di manakah keadilan dunia...di manakah perginya polis dunia yang sibuk nak menggeledah negara org...memporak perandakan negara yang aman...menjadikan padang jarak padang tekukur sebuah negara yang pesat membangun ... dengan alasan membebaskan dunia dari senjata nuklear..., membanteras pengganas dan macam2 lagi...

di manakah perginya OIC...negara 2 Arab yang kaya... dan PBB....serta mcm lagi badan 2 yg memperjuangkan keamanan.... di manakah peranan mereka... mengapa semua mendiamkan diri...mengapa semuanya menikus....apa hebat sangat ke israel tu....hebat sgt ke amerika tu...samapikan satu dunia takleh wat apa2...

semoga tahun baru ini bersinar dan mencerahkan dunia islam.... semoga tindak tanduk kita tidak mendatangkan kemurkaan Allah...

dobi..

malam ni aku pi kedai dobi pok deng...nak basuh bajula..nak wat apa lagi kan.. biasanya yang jaga dobi dia waktu malam lelaki...suddenly when i came... i saw girl...boleh tahan jugak...

aku wat cam biase je...guna com...ambik air..n so on...budak perempuan tu macam pelik je kan... aku wat tak tau je...biase aku cuci tak bayar pun...tp mlm ni tgh pk nk byr ke tak nak... mamat tu hutang aku bile nak bayar pun aku tak tau...aku malas nak tanya wat tak tau jelah...nasib baik sikit tp kalau byar duit keta aku lepas jugak 3 bulan...siap ada balance lg wat makan nasi seminggu... hai kawan punya pasal...

dahla petang td aku dapat msg dr mamat kat melaka minta tangguh...berapa kali tangguh pun aku tak taula...nasib baikla aku belum terdesak nak guna duit lagi setakat ni...janji bulan 9 that mean sebelum raya puasa ni...bukan stakat raya puasa, raya hj pun dah lepas...berapa kali tangguh daaa... lu pk la sendiri beb..

habis cite mamat kat melaka, mai pulak mamat kat kg aku... ni betul2aku labur2...dah dekat nak sama rege ngan wira aku...tapi hasilnye stakat ni br masuk one thousand...paham-paham jugak..memangla hg kata hasil tani takleh jangka...tp takkan hg takleh nak budget time bebetul...tu satu hal la...pastu masalah kedua...tak declare ngan aku bebetul berapa byk untung...pembahagian berapa percent bg setiap share holder...nasib baik la aku ni makan gaji...cukup bulan duit masuk...kalau nk harapkan duit bisnes/invest....makan angin ngan telan air liur jellah beb....

harap tahun baru 2009M n 1430H ni membawa sinar harapan dan kebahagiaan yang berpanjangan kat aku...famili aku...n org2 sekitar aku...serta umat islam seluruhnya..amin

t-test vs anova

maybe for some researchers...this term are very common..but do u know which are the best..

Thursday, 1 January 2009

Turunkan berat badan dengan air?

So macam tajuk entri kita arini… tips hari ini, adalah macam mana kita boleh menurunkan berat badan tanpa berlapar dan dahaga.

So basically program ni adalah diet program dengan tidak mengambil carbohidrate dan kurangkan gula. Secara dasarnya program ni takder aa ketat sangat. sebab bergantung kepada keadaan orang tu, program ini boleh disesuaikan. Bahan utama untuk program ini adalah Air. Sebab dalam badan kita ni banyak kandungan airnya… so kita kena aa buang air yang berlebihan.

Untuk buang air yang berlebihan tu, kita kena aa minum dengan banyaknya. Ini adalah benda yang memang orang kekadang susah nak buat, sebab malas nak sediakan air dalam kuantiti yang banyak. Anda perlu minum air yang sangat banyak untuk mengurangkan air di dalam badan. Mesti ramai yang akan mempertikaikan, kenapa kalau kita nak buang air dalam badan kena minum banyak air? bukan ke nanti lagi banyak air dalam badan.

Memang itu adalah perkara yang biasa laa yang kita dengar dari semua orang, namun apabila kita minum air kosong yang banyak, kita akan mengelakkan diri kita dari dehidrated atau kekeringan. Kemudian kita akan lebih kerap ke tandas untuk membuang air. Dengan kegiatan ini, banyak mineral yang kita tidak perlukan akan dibuang juga dalam proses ini. Sambil itu, kita akan secara tidak langsung akan melakukan senaman ringkas kerana perlu berulang alik ke tandas.

Kemudian kita pergi kepada pemakanan, secara dasarnya kita kurangkan pengambilan karbohidrat. Mungkin ramai tak setuju dengan benda ni, tapi ini adalah salah satu program diet yang berada di pasaran… hehehe… so nak ikut atau tak terpulang. So basically kita akan lebih banyak ambil daging dan sumber² protein. Tapi masih kurangkan gula.

Ramai yang ingin diet dengan memakan buah²an. Namun kita perlu ingat, buah²an berwarna mengandungi kandungan gula yang agak tinggi jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan. Gula yang berlebihan ini akan ditukar kepada kanji dan akan disimpan sebagai lemak jika kita tidak gunakan. So secara dasarnya, diet dengan hanya memakan buah²an adalah menyeksa diri.. sebab kita akan lapar… huhuhu…

Peringatan: Jangan sekali-kali berlapar untuk menurunkan berat badan, kerana ianya tidak perlu. Apa yang penting, kita perlu seimbangkan pemakananan kita, kita perlu lihat bagaimana aktiviti harian kita, jika kita jenis yang suka bersarapan dan tidak mengambil makanan tghari, dan silalah mulakan hari anda dengan sarapan yang agak berat supaya kita akan mempunyai tenaga untuk meneruskan kerja² seharian.

Jika kita malas untuk mengambil sarapan walaupun kurang digalakkan kerana ianya akan menyebabkan kita kekurangan tenaga untuk memulakan hari kita. untuk program ini, kita akan makan seperti biasa, 3 kali sehari. sarapan, makan tghari dan makan malam. Tapi apa yang kita makan untuk tetiap sesi adalah berbeza. Untuk makan tghari, kita boleh makan makanan yang berat, jika anda sukakan ayam, makanlah ayam sebanyak mana pun, cuma kalau lerh buang aa kulit tu erk… tak sehat… kalau nak makan ikan atau daging pun begitu. Lengkapkan hidangan anda dengan sumber² vitamin dari sayuran atau buah²an.

Benda paling penting, buang tabiat suka meminum minuman ringan seperti coke, sprite, pepsi dan sebagainya, kerana minuman ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. So kena elakkan. Kalau taklerh nak berhenti, kurangkan laa tabiat meminum minuman ini. untuk makan malam, makan makanan yang ringan, seeloknya jangan makan terlalu lambat untuk membolehkan badan kita menghadamkan makanan dan dalam masa yang sama menggunakan tenaga yang dibekalkan oleh badan kita itu. Makanlaa sup sayur atau benda² yang tidak terlalu berat mengikut citarasa masing².

Kepada penggemar² kopi, teh atau sebagainya yang mengandungi gula. Kurangkan kegiatan ini, namun jangan sampai tak amek gula langsung kerana badan kita masih memerlukan gula untuk kesihatan. Walaupun sumber gula bukanlah semata-mata dari minuman sahaja, dari makanan, buah²an, dan pelbagai lagi.

So secara dasarnya macam tu aaa… so ringkasan dalam bentuk senarai untuk memudahkan sesiapa yang ingin menggunakan program ini.

1. Minum air kosong dengan banyak
2. Kurangkan pengambilan carbohidrat
3. kurangkan pengambilan gula
4. Hentikan tabiat meminum minuman ringan seperti coke,pepsi dan lain²
Secara dasarnya itu jer yang kita perlukan. InsyaAllah akan turun laa berat badan tu nanti. so mari kita sama-sama cuba...

Tambahan kepada program tersebut, kepada sesiapa yang gemar untuk bersukan, silalah bersukan, kegiatan sukan seperti berenang, berjogging, berjalan dan sebagainya akan membantu untuk mengurangkan berat badan, namun ini hanya tambahan. Dengan program yang disenaraikan di atas, ada yang telah turun sehingga 30kgs dalam masa beberapa bulan sahaja. Walaupun beliau tidak melakukan sebarang sukan.

Kegiatan suka window shopping juga boleh dijadikan riadah kerana kita akan berjalan ke sana ke sini. So kepada mereka² yang suka bershopping tu, bolehlah jadikannya sebagai riadah secara tak langsung. hehehe…

so...let's do it now...actually i got this info from www.eizil.com

salam maal hijarah 1430H happy new year 2009

kejayaan bukanlah satu matlamat tetapi suatu perjalanan yang penuh liku dan berduri...