Sejak kebelakangan ni aku selalu berkira-kira berapa banyak aku boleh simpan dalam seminggu, atau sebulan atau setahun. Tapi stakat ni masih belum ada angka yang tetap, walaupun aku tetap terus menyimpan dan menyimpan. Kalau ada lebih banyak, aku simpan banyak, kalau ada sikit jer lebihnya, aku simpan sedikit. Apa yang penting bagi aku, ada gak simpan walaupun sedikit.
Tetapi aku teringat dulu waktu aku sekolah menengah, ada sorang pakcik ni bercerita ngan aku,” apa guna simpan duit, nanti sampai satu masa, duit tu bukan boleh beli apa-apa“. Pada mulanya aku ingat pakcik ni bergurau ngan aku, tapi bila aku dah mula meningkat usia, aku teringat balik kata-kata pakcik tu, dan bila fikir balik, memang ada betulnya.
Contoh paling senang, mak bapa kita atau pakcik makcik atau sesiapa yang hidup 30-40 tahun dahulu sering bercerita – “Ala dulu benda ni 5 sen jer, skang ni memang aa dah sampai beringgit-ringgit”. So kita ambil contoh ni sebagai rujukan. Kalau dulu kita simpan RM500 memang dah banyak sangat dah aa tu kan, sebab time tu beli barang setakat 5 sen, 10 sen, 20 sen. Tapi kalau kita simpan jer duit RM500 tu dari dulu sampai sekarang, skang ni apa jer yang kita boleh beli dengan RM500 tu? Tak perlu laa nak senaraikan semua benda yang boleh dibeli kan, sebab banyak gak barang yang tak boleh di beli ngan RM500 pada masa kini.
So andaikata kita ada simpanan RM50,000 sekarang ni, adakah kuasa membeli kita masih sama 30 tahun akan datang. Mengikut peredaran masa setakat ni, saya boleh katakan, hampir pasti, kuasa membeli kita dengan RM50,000 itu tidak sama dengan sekarang. Jadi kenapa kita simpan duit? kalau duit tu tak boleh beli barang pun nanti. Seringkali saya berfikir sendiri, dan sekali sekala berbincang dengan mereka-mereka yang arif dalam bidang masing-masing. Dari perbincangan dengan pelbagai pihak, ramai yang bersetuju dengan perihal ini.
Cara terbaik untuk kita jadikan simpanan adalah dengan menyimpan emas kerana nilai emas kekal. Contohnya, dengan 10 gram emas sekarang kita boleh beli seekor lembu, pada masa akan datang pun, kita masih boleh membeli seekor lembu. Walaupun harga lembu pada masa sekarang dengan masa akan datang itu berbeza. Tetapi disebabkan nilai emas itu yang tidak berubah. Kuasa membeli kita masih sama.
So sekarang aku masih tertanya-tanya, adakah duit yang aku simpan tu suatu masa nanti akan tiada nilai. Jika perkara itu berlaku, apa tindakan yang aku perlu lakukan? Tiada emas di dalam simpanan untuk didagangkan, dan kertas yang dahulunya berharga sudah tiada nilai. Susah gak kan. Aku masih terus mencari jawapan, semoga suatu hari nanti aku akan nampak benda ni dengan lebih jelas.
Wednesday, 5 August 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment