Friday, 17 July 2009

kacang lupakan kulit: salah ke?

Apabila dikatakan bahawa seseorang itu bagaikan "kacang lupakan kulit", secara automatiknya kita akan terus mentafsirkannya sebagai seorang yang tidak mengenang jasa / budi / bakti. Satu bentuk "pengkhianatan". Tidak kiralah sama ada terhadap manusia sendiri, sesuatu tempat, bangsa, komuniti, organisasi, pertubuhan, mahupun tanah tumpah darah sendiri. Bila dikatakan saja sebagai kacang lupakan kulit, maka pastinya yang negatif itu dilabel pada si kacang, bukan pada kulitnya - kerana kulit itu dikira sebagai sangat berbakti kerana melindungi kacang tersebut sebelum ia ditinggalkan.

Persoalannya, benarkah begitu? Adakah meninggalkan kulit itu merupakan satu kesalahan? Layakkah si kacang itu dilabel sebagai pembelot kerana meninggalkan kulitnya?

Pada pandangan saya, peristiwa hijrah @ berpindah @ meninggalkan @ blah tersebut, sememangnya itu merupakan tindakan kacang yang melupakan kulit. Mengapa tidak boleh? Mengapa pula tidak elok? Dan yang paling utama, mengapa pula salah? Jika bukan kerana kacang meninggalkan kulit, maka tidak terhasillah peanut butter, tidak wujudlah nips, dan tidak adalah kacang masin…kacang goreng…dan pelbagai lagi variasai kacang di MESRA(kedai kat Petronas tu) dan sudah pasti tidak wujudlah coklat…sebab kacang ni merupakan salah satu komponen utama coklat..tak caya pi kilang Cadburry kat Shah Alam tu..kat Sarawak ni tak taula pulak katne kilang coklat...


Kenapa sedemikian? Kerana kacang menjadi busuk dek kerana tidak meninggalkan kulitnya. Kerana kulit yang disangka bersifat "melindungi" itu menjadi penjara yang mengongkong proses kemajuan dan perubahan. Maka salahkah jika dikatakan bahawa Hijrah itu merupakan tindakan kacang yang melupakan kulit? Tapi berbeza tau dari blah…macamana…lu pikila sendiri..

Dalam konteks melaksanakan perubahan dalam mengecapi kemajuan, sememangnya perlu untuk kacang melupakan kulit. Hanya mereka yang lemah dan tidak mahu menerima perubahan (atau ringkasnya, DENGKI) sahaja yang akan menggunakan istilah "kacang melupakan kulit" terhadap golongan yang ingin berubah ke arah yang lebih baik.


Yang menjadi masalahnya ialah kita terlalu menyempitkan pandangan kita hingga menyamakan peranan "kulit" dengan peranan "benih". Hakikatnya, kulit hanyalah ruang lingkup perlindungan yang menghadkan perkembangan terhadap perubahan. Sebaliknya benih ialah suatu yang menggalakkan percambahan.

Dalam konteks jasa dan bakti, jika seorang anak disamakan sebagai kacang, ibubapa pasti disamakan sebagai kulit. Sedangkan hakikat sebenarnya, ibu bapa merupakan benih (asal, origin kepada kacang), manakala istilah kulit itu lebih tepat jika ditafsirkan sebagai uri tembuni. Maka, jasa siapakah yang sepatutnya dikenang? Jasa ibu bapa, ataupun jasa uri tembuni? Funny, yet logical, isn't it?

Setelah diambil kira tafsiran yang sebegini, kulit itu bukanlah menjadi pelindung lagi tetapi lebih menjurus ke arah kulit yang menghalang perkembangan - tentangan masyarakat, pemikiran sempit masyarakat, suasana yang menghadkan pengamalan, dan keadaan yang tidak selamat - yang boleh membusukkan kacang jika tidak ditinggalkan kulit tersebut.

Selepas meninggalkan kulit, barulah kacang boleh menjadi peanut butter dan taugeh. Dan dari situlah kacang mula berkembang dan berkembang dan pelbagai makanan terhasil - peanut butter and jelly sandwich, mi goreng, tauhu sumbat, rojak, pesembur, nasi himpit kuah kacang, laksa dan macam-macam ada…

Pun begitu, kita janganlah lupa satu lagi perkara yang sangat penting. Sedapnya makanan tersebut adalah kerana kualiti ingredientnya yang hebat. Hebatnya kualiti kacang tersebut adalah kerana waktu masaknya meninggalkan kulit yang paling optimum. Dan hebatnya keranumannya adalah kerana foundationnya yang hebat - pokok yang hebat dari benih yang hebat, ditanam di tanah yang subur.

Foundation itulah yang lebih utama. Foundation itulah yang harus diperkukuhkan. Dan foundation itulah yang seharusnya diberi prioriti yang lebih sebelum kita mengambil kira kacang dan kulitya. Itulah foundation yang setiap ibu bapa perlu develop kepada anak-anaknya…iaitu akidah dan tauhid…

Maka, jadilah insan yang mengetahui keutamaan foundation sesebuah pokok sebelum bercucuk tanam dalam menghasilkan buah yang subur. Bukannya kera yang hanya nampak pokok seadanya tanpa mengetahui sama ada foundationnya elok atau tidak..

Kesimpulannya, usah berhijrah dari kulit jika foundation kacang belum cukup matang…

Tuesday, 7 July 2009

Pertemuan dan perpisahan…

sebuah pertemuan..penghujung perpisahan..

pertemuan itu berlangsung tiap detik hidup kita.. sjak lahir.. kita di hadapkan dengan pertemuan.. saat lahir kedunia..pertemuan terjadi.. antara seorang bayi dengan ibu bapa yang amat mengasihinya.. masuk alam persekolahan..kita bakal bertemu dengan sahabat2 handai..dan bermula disini pertemuan yang paling kerap kita rasai… dan penghujungnya psti ada perpisahan..di sinilah baru kita mengenali..ketulusan hati seorang teman.. itu menjadi impian kita.. dan sejenak..aku mengaplikasikan dalam diri.. aku sendiri mengakuinya.. apabila pertemuan ini dihiasi dengan ketulusan..kejujuran.. dan kebahagiaan yang tidak lari dari tali Allah..memori bersama seorang teman itu pasti utuh dalam minda..mahupun hati..dan memori2 itu pasti akan dikenang selepas berlaku perpisahan..

itu fitrah manusia..

besar erti sebuah pertemuan..dan setiap yang terjadi ada hikmah yang kita xketahui.. dan xsemua benda dapat dilihat dengan mata kasar..tetapi lihatlah dengan mata hati… kerana itu mata sebenarnya… lihat saja insan yang Allah duganya dengan buta.. mata hatinya cukup kuat sekalipun mata kasarnya tidak mampu melihat.. cuba anda kenang2 kembali.. apakah tiap2 pertemuan yang berlaku dalam hidup anda membawa erti..membawa hikmah tersirat?… bagiku, istilah pertemuan..perpisahan sememangnya istilah yang terlalu banyak untuk di huraikan.. terlalu banyak untuk diperkatakan.. dan semanis2 pertemuan pada ku adalah bersahabat dengan seseorang yang membawa aku ke jalan kebenaran..bersama-sama mengharung onak dan dugaan..

penghujung perpisahan..

mendengar sebaris ayat ini,kita sudah mampu mentafsirkan bahawa perpisahan pasti mengakhiri setiap pertemuan. bukan kah? pertemuan pada hidup adalah mati..pertemuan bersama sahabat handai juga pasti berakhir dengan perpisahan saat masing2 membawa hala tuju hidup.. itu realitinya yang kita tidak mampu sangkal..Allah mengaturkannya.. Alam ini ada aturannya..pertemuan lawannya perpisahan..itu hukum alam…yang kita sebagai manusia xkan mampu menyangkal..apatah lagi menidakkannya..
tiada yang kekal selamanya.. hidup di dunia ini hanya sementara dan yang abadi ialah akhirat.. dunia hanyalah jambatan menuju alam akhirat.. pertemuan dan perpisahan corak kehidupan.. keindahannya tersembunyi..hikmahnya kadang kala tidak kita sedari…

Wednesday, 1 July 2009

erti sebuah persahabatan

ERTI PERSAHABATAN

Pernah atau tidak anda semua mendengar kisah ini????

Dua orang sahabat baik sedang mengembara di sebuah padang pasir yang sangat luas saujana mata memandang. Di tengah-tengah perjalanan, berlaku sedikit salah faham antara mereka yang membawa kepada pertengkaran. Akibat tidak dapat mengawal perasaan amarah, seorang itu telah memukul sahabatnya.

Dengan penuh rasa hiba, sahabat yang dipukul tadi mengambil ranting kayu dan menulis di pasir:

"Hari ini sahabat baikku telah memukulku."



Kemudian, mereka meneruskan perjalanan bersama-sama sehingga sampai ke sebuah lembah subur. di lembah tersebut, ada sebuah tasik yang mempunyai air yang sangat dingin dan menyegarkan. Tanpa berlengah, sahabat yang dipukul tadi terjun ke dalam tasik untuk menyejukkan badan. Tiba-tiba dia gagal mengawal diri dan mula lemas di dalam tasik itu.Sahabatnya terjun dan berjaya menyelamatkannya.

Setelah naik ke tepi tasik, dia mengucapkan terima kasih dan memahat pada seketul batu yang tertulis.

"Hari ini sahabat baikku telah menyelamatkan nyawaku."

Sahabat itu bertanya, "Tadi, sewaktu aku memukulmu, engkau menulis di atas pasir dan sekarang engkau memahatnya di atas batu?''Jawab sahabat tersebut, "Aku menulis di atas pasir kerana ia akan hilang ditiup angin sebaliknya aku memahat pada batu supaya aku dapat mengingatinya sehingga bila-bila...."


BEGITULAH SEPATUTNYA DALAM KEHIDUPAN INI.......DALAM HIDUP PASTI KITA AKAN BERTEMU DENGAN KEPAHITAN, KESAKITAN DAN KEGAGALAN.........NAMUN, SINGGAHKANLAH IA SEMENTARA DALAM INGATAN AGAR KITA SEGERA MELUPAKANNYA....TETAPI, APABILA KITA MENGECAP NIKMAT DARIPADA ALLAH DAN KEBAIKAN DARI ORANG LAIN, MAKA PAHATLAH IA DI HATI KITA AGAR KEKAL DIINGATI SAMPAI BILA-BILA.......

hati

apa itu hati dan perasaan...

actually a lot of research and experiment telah dilakukan and dijalankan untuk mengkaji peranan hati and so on...sebelum pergi jauh, i like to mention...we not talk about heart disease base on medical part but lu pk la sendiri..

salah seorang yang sangat terkenal yang banyak bercerita tentang hati ini ialah Dato Dr Fadzillah Kamsah...apa yang pelik sangat dengan hati ni sebenarnya????

hati dan jiwa perlulah diberi santapan minda kerana hati ini jika dibiarkan tanpa diberi santapan yang enak akan berkarat akibat tuntutan duniawi yang tidak pernah habis. persoalannya bagaimana untuk mendapatkan makanan hati yang benar-benar enak??

marilah kita sama-sama memikirkan persoalan ini...

Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi segala ujian dan dugaanMu....