Apa itu hukum karma?? Hukum karma adalah sebahagian daripada ajaran agama Hindu. Perkataan 'karma' bermakna 'tuhan'. Hukum karma adalah kepercayaan bahawa yang baik dibalas baik, yang jahat dibalas jahat, semasa seseorang itu masih hidup di dunia ini. Kalau tuan-tuan dan puan –puan pernah menonton cerita cina tak silap saya Mr Fit mengisahkan mengenai hukum karma..dan cerita-cerita daripada Indonesia sekarang seperti sudah menjadi trend terkini..mula2 berlakon jahat, kejam, zalim n so on and after that ditimpa pelbagai musibah..
Ramai orang menyangka Hukum Karma serasi dengan Islam. Malah ramai orang yakin Hukum Karma adalah hukum yang memang wujud dan ia adalah hukum semula jadi ciptaan Allah.
Tema Hukum Karma popular dalam cerita-cerita, baik cerita-cerita yang diterbitkan dalam bentuk buku, drama TV, filem dan lain-lain. Malah, jikalau watak jahat tidak menerima hukuman jahat, maka kita mesti cakap cerita itu tidak best dan kita mula mempersoalkan kenapa dia tak mendapat musibah atau balasan…kita terlalu mengharapkan orang yang jahat mesti akan menerima balasan yang setimpal barulah dikatakan ending yang baik.
Walau bagaimanapun hukum karma ini bukan yang dianjurkan dalam Islam…tidak semua kejahatan akan dibalas dengan kejahatan dan tidak semua kebaikan akan dibalas dengan kebaikan di dunia ini tetapi kerana kita percayakan kekuasaan dan keadilan Allah…mungkin kita ditimpa dengan suatu bencana untuk menyedarkan akan kesilapan kita…mungkin dengan musibah yang berlaku kepada kita itu akan membawa sinar kebahagiaan yang baru kepada kita..tetapi kemungkinan musibah yang berlaku kepada kita itu adalah sebagai kifarah terhadap apa yang telah kita lakukan sebelum ini, saya tidak nafikan.. dan perlu diingat dalam rukun Iman kita mempercayai adanya hari kiamat di mana setiap kejahatan dan kebaikan akan dihisab..
Sebagai umat Islam yang yakin dan percaya dengan qada’ dan qadar seharusnya kita menganggap semua musibah sebagai dugaan untuk menguji tahap keimanan hambanya..dan yakin bahawa Allah tidak akan menduga hambanya dengan dugaan yang tidak dapat terpikul olehnya. Kalau kita susuri sejarah perjuangan Nabi Muhammad tidak pernah Nabi membalas kejahatan yang dilakukan terhadapnya dengan kejahatan sebaliknya Nabi membalasnya dengan kebaikan..dan ramai sahabat2 Nabi yang sebelum memeluk Islam melalukan pelbagai kezaliman contohnya Saidina Umar yang sangat memusuhi Islam dan pernah menanam hidup-hidup anak perempuannya..
Di sini Islam mengutarakan konsep taubat…iaitu menginsafi dan berazam dengan sesungguhnya tidak akan melakukan kesilapan yang sama untuk kali keduanya..
P/s: Mohon maaf sekiranya ada tersalah fakta atau tersalah tafsir…hanya pandangan peribadi dan tidak mewakili mana2 pihak..harap maklum..just untuk renungan bersama.
Monday, 22 June 2009
Subscribe to:
Comments (Atom)