Ke mana hang en duit?..kalau dihitung gaji bulan ni masuk rm 7975.65 plus elaun rm 3146.40 mean bersih aku dapat rm 11122.05...pagi 25 tepat jam 7.56 am sms biz bank islam dah sms inform about the amount mean gaji aku bulan 5 dah masuk.. tapi masih kabur gak lagi...mau taknye makin besau gaji makin besau hutangnye...
Itulah yang dikatakan the power of money...kuasa duit dalam kehidupan...dan kita sebagai manusia yang lemah ini sentiasa mencari-cari dan mendambakan duit...semakin lama semakin mencari...pencarian yang takkan ada noktahnya... tak salah kita mencari duit dan harta kekayaan tetapi perlulah dengan cara yang betul dan bukan dengan cara melakukan penipuan dan penindasan...
Islam juga akan dipandang tinggi jika umatnya mempunyai ekonomi yang kukuh..dan bukan mereka yang tergolong dalam kategori orang yang meminta-minta..tetapi jika kita lihat hari ini kuasa ekonomi dunia dipegang oleh orang bukan Islam padahal umat Islam melebihi 1/3 dari manusia di bumi ini...jika dilihat kita merupakan kuasa beli yang besar dalam menentukan kecairan ekonomi dunia...
Tetapi malangnya kebanyakan dari kita hanyalah bertindak sebagai pembeli atau pengguna akhir dan bukan pengeluar atau peniaga..sedangkan sejak dahulu lagi nabi kita Nabi Muhammad saw telah menyatakan bahawa 9/10 dari sumber kekayaan datangnya daripada perniagaan..
Selain itu dalam Islam sendiri juga menyatakan bahawa jikalau kita tahu esok akan mati maka kita disuruh menanam pokok...apa simbolik pokok itu...fikir-fikirkan...
Friday, 29 May 2009
Wednesday, 27 May 2009
villa idaman

biaq betul aku ni...tapi takpe...apa salahnya kalau aku memiliki rumah awal.. tak salah..sebenarnya yang aku dok sibuk2 nak beli rumah awal ini bukan apa...satu sebab aku dah terpaut pada umah ni...cinta pandang pertama..nak kata lawa sangat tu taklah...tp entahla... yang kedua sebab BLR skang ni tgh rendah.. yang ke-3, ahli ekonomi menjangkakan suku kedua tahun ni akan berlaku kejatuhan nilai hartanah...so mari kita ramai2 beli rumah...
Tuesday, 19 May 2009
pendidikan tinggi: cabaran dan hala tuju
PENGAJIAN tinggi adalah aset berharga bagi menjana modal insan kerana kemahiran serta kreativiti dalam teknologi dan inovasi yang dibina menerusi acuannya menjadi penyumbang terpenting dalam usaha menyediakan peluang pekerjaan, membangunkan ekonomi serta menyemarakkan kesejahteraan sosial.
Dalam konteks institusi pengajian tinggi (IPT) yang mempunyai fakulti, pusat kecemerlangan dan kampus, usaha memanfaatkan kepakaran, hubungan jaringan antarabangsa, kerjasama pihak industri, perkongsian serta penyebaran ilmu harus dipertingkatkan bagi menghasilkan inovasi bernilai tinggi untuk memperkasa pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Perubahan P&P perlu disegerakan bagi menjana kecemerlangan kerana jika penyampaiannya terus berada di takuk lama yang berdasarkan syarahan atau hafalan semata-mata, pastinya Malaysia akan ketinggalan.
Cara pengajaran lapuk hanya akan membantutkan kreativiti mahasiswa yang mahukan lebih daripada teori dan ia dianggap perkara yang mengganggu perkembangan minda serta daya pemikiran kerana tidak memberi peluang kepada perbincangan mahupun mengambil kira pandangan pelajar mengenai sesuatu isu.
Pembangunan sahsiah pelajar berkualiti menuntut prasarana pembelajaran kondusif dan bahan P&P yang mudah dicapai berteraskan penggunaan teknologi terkini, sekali gus membantu pelajar mengeksplorasi teknologi dan memperoleh kemahiran untuk mempersiapkan diri menempuh dunia pekerjaan yang bersifat global.
Perkembangan semasa menyaksikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai bidang yang mendominasi pasaran antarabangsa merentasi bidang strategik termasuk perniagaan, pengurusan, perbankan, pendidikan serta keselamatan.
Akhirnya proses P&P juga mestilah bertepatan dengan cita rasa pelajar supaya mereka dapat belajar dengan seronok serta penuh minat.

Thursday, 14 May 2009
learning to live together..

Learning to live together
It's been 40 years since the May race riots of 1969. Just how much has changed since?
Saja aku ambik pilih tajuk ni kerana hari semalam dalam sejarah...13 mei 1969...telah berlaku tragedi berdarah di negara kita sehingga memaksa kerajaan pada masa itu mengisytiharkan darurat...sebenarnya sangat penting untuk kita mengekalkan keharmonian...kedamaian dan sikap toleransi yang ada pada masyarakat di Malaysia hari ini...terutamanya di negeri 2 Borneo ni...maklumla..di negeri-negeri ini...masyarakat pelbagai kaum dan puak...ada iban, murut, kadazan, melanau, cina, india, bidayuh..melayu dan macam-macam ada...macam kat astro...
Kalau kita lihat kat negara2 lain baru kita akan rasa betapa bersyukurnya kita dilahirkan di bumi Malaysia yang indah permai ini...so marilah kita pelihara tingkah laku...tutur kata dan segala-galanya agar keharmonian terjamin selagi tidak menyalahi tuntutan Islam...sebenarnya dalam Al-Quran sendiri pun ada dinyatakan dalam surah Al-Kafirun...antara terjemahannya ialah bagi kamu dengan agama kamu dan bagi kami dengan agama kami...
So selagi mereka tidak buat sesuatu yang menyentuh sensitiviti agama kita atau menghalang kita dari berbuat sesuatu kebaikan maka janganlah kita membuat mereka rasa sakit hati dan benci...kerana Islam itu indah dan penuh berhikmah...so gunakan akal fikiran dengan penuh hikmah untuk berdakwah...jgn guna emosi...
Kadang-kadang...kita mahu orang hormat kita tetapi dalam masa yang sama kita tidak pernah mengendahkan orang lain..perasaan mereka..hati mereka..perlu diingat Islam tidak hanya dinilai dengan zahiriah..dengan kopiah di atas kepala..dengan serban yang meleret tetapi dengan penuh hikmah..bagaimana kita menzahirkannya dangan penuh hikmah??? fikir-fikirkan...
Friday, 8 May 2009
cerita aku..
Sejak balik dr semenanjung ahad lepas...tak sempat lg nak berblog... bukan apa sebab hr isnin aku masuk 1/2 hari je sbb petang dah pi stadium perpaduan kuching...(poli guna untuk konvo so i as committee member need to prepare)raptai...hari selasa n rabu terus tak masuk office..penat beb jd ajk pemandu graduan, pendaftaran n disiplin...so dr awal sampai habis mmg berurusan ngan para graduanla...susunan tempat duduk...keluar masuk...n so on...
semalam(khamis) jd panel viva (pembentangan tesis-projek diploma) student last sem...malam ni ada dinner kat harbour view hotel...esok tak tau lg..tp malam ada main badminton however tak decide lg nk pi ke tidak...beginilah putaran seminggu...tup tap dah weekend...tu tap lagi dah sebulan...hehe...
lupa lak nak cerita hari khamis minggu lepas sblum aku balik johor..dmax aku telah dilanggar oleh seorang budak..punyala kebal budak ni aku tgh drive dia boleh berlari dan melanggar dr sisi...nasib baik dr tepi kalau betul2 depan dia berlari...peh tak pasal2 pulak aku yg menanggung salah...mesti org ckp aku yg langgar...tp nasib baik tak baik jugala...pecah side mirrrow aku..nasib baik pecah cermin dalam je(nasib baik lagi) itupun kena dekat rm 200..inilah yg dikatakan unexpected expenses...(dahla dilanggar sendiri tanggung lak tu...nak mintak ngan sapa..)budak tu ..silap2 aku yg kena bg adala...

Subscribe to:
Comments (Atom)