Thursday, 14 May 2009

learning to live together..


Malaysia racial ties fragile 40 years after riots

Learning to live together
It's been 40 years since the May race riots of 1969. Just how much has changed since?
Saja aku ambik pilih tajuk ni kerana hari semalam dalam sejarah...13 mei 1969...telah berlaku tragedi berdarah di negara kita sehingga memaksa kerajaan pada masa itu mengisytiharkan darurat...sebenarnya sangat penting untuk kita mengekalkan keharmonian...kedamaian dan sikap toleransi yang ada pada masyarakat di Malaysia hari ini...terutamanya di negeri 2 Borneo ni...maklumla..di negeri-negeri ini...masyarakat pelbagai kaum dan puak...ada iban, murut, kadazan, melanau, cina, india, bidayuh..melayu dan macam-macam ada...macam kat astro...
Kalau kita lihat kat negara2 lain baru kita akan rasa betapa bersyukurnya kita dilahirkan di bumi Malaysia yang indah permai ini...so marilah kita pelihara tingkah laku...tutur kata dan segala-galanya agar keharmonian terjamin selagi tidak menyalahi tuntutan Islam...sebenarnya dalam Al-Quran sendiri pun ada dinyatakan dalam surah Al-Kafirun...antara terjemahannya ialah bagi kamu dengan agama kamu dan bagi kami dengan agama kami...
So selagi mereka tidak buat sesuatu yang menyentuh sensitiviti agama kita atau menghalang kita dari berbuat sesuatu kebaikan maka janganlah kita membuat mereka rasa sakit hati dan benci...kerana Islam itu indah dan penuh berhikmah...so gunakan akal fikiran dengan penuh hikmah untuk berdakwah...jgn guna emosi...
Kadang-kadang...kita mahu orang hormat kita tetapi dalam masa yang sama kita tidak pernah mengendahkan orang lain..perasaan mereka..hati mereka..perlu diingat Islam tidak hanya dinilai dengan zahiriah..dengan kopiah di atas kepala..dengan serban yang meleret tetapi dengan penuh hikmah..bagaimana kita menzahirkannya dangan penuh hikmah??? fikir-fikirkan...

No comments:

Post a Comment