Friday, 29 May 2009

DuIT = Money

Ke mana hang en duit?..kalau dihitung gaji bulan ni masuk rm 7975.65 plus elaun rm 3146.40 mean bersih aku dapat rm 11122.05...pagi 25 tepat jam 7.56 am sms biz bank islam dah sms inform about the amount mean gaji aku bulan 5 dah masuk.. tapi masih kabur gak lagi...mau taknye makin besau gaji makin besau hutangnye...

Itulah yang dikatakan the power of money...kuasa duit dalam kehidupan...dan kita sebagai manusia yang lemah ini sentiasa mencari-cari dan mendambakan duit...semakin lama semakin mencari...pencarian yang takkan ada noktahnya... tak salah kita mencari duit dan harta kekayaan tetapi perlulah dengan cara yang betul dan bukan dengan cara melakukan penipuan dan penindasan...

Islam juga akan dipandang tinggi jika umatnya mempunyai ekonomi yang kukuh..dan bukan mereka yang tergolong dalam kategori orang yang meminta-minta..tetapi jika kita lihat hari ini kuasa ekonomi dunia dipegang oleh orang bukan Islam padahal umat Islam melebihi 1/3 dari manusia di bumi ini...jika dilihat kita merupakan kuasa beli yang besar dalam menentukan kecairan ekonomi dunia...

Tetapi malangnya kebanyakan dari kita hanyalah bertindak sebagai pembeli atau pengguna akhir dan bukan pengeluar atau peniaga..sedangkan sejak dahulu lagi nabi kita Nabi Muhammad saw telah menyatakan bahawa 9/10 dari sumber kekayaan datangnya daripada perniagaan..

Selain itu dalam Islam sendiri juga menyatakan bahawa jikalau kita tahu esok akan mati maka kita disuruh menanam pokok...apa simbolik pokok itu...fikir-fikirkan...

2 comments: